Malaysia telah membuat bayaran kos penangguhan pelaksanaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), kata Kementerian Pengangkutan republik itu.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek infrastruktur kereta api laju (HSR) KL- Singapura dalam masa terdekat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan ini akan merangkumi beberapa cadangan perubahan dalam aspek komersial dan teknikal.

Menurutnya, keputusan ini dicapai setelah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan keputusan mengenai projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura sehingga 31 Disember 2020.

Azmin memberitahu, beliau telah diminta oleh Jemaah Menteri untuk mengetuai pasukan Malaysia dalam perbincangan dengan Kerajaan Singapura mengenai projek ini.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju untuk meneruskan projek ini tetapi pada skala kecil bagi mengurangkan kos.

Antara yang dipertimbangkan adalah kelajuan perkhidmatan kereta api itu.

Singapura pada September tahun lalu bersetuju untuk menangguhkan projek HSR sehingga Mei 2020 selepas permohonan itu dikemukakan oleh Malaysia.

Artikel berkaitan: HSR: Tiada lagi penangguhan selepas 31 Mei 2020

Malaysia bayar kos tangguh projek HSR, kata Singapura

MyHSR lantik TAC untuk kaji semula aspek teknikal HSR

HSR penting tetapi tidak perlu terlalu mewah

Susulan penangguhan itu, Malaysia bersetuju membayar kos menarik diri AS$15 juta (RM45.6 juta) kepada Singapura.

MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) dalam satu kenyataan pada Jun tahun lalu berkata, kajian semakan projek HSR dijangka siap akhir tahun.

MyHSR berkata, pihaknya sudah melengkapkan kajian semakan dua tender terbuka berasingan bagi melantik perunding penasihat teknikal (TAC) dan perunding penasihat komersial (CAC) untuk melaksanakan langkah semakan semula projek berkenaan. – MalaysiaGazette