Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil. foto FAREEZ FADZIL, 29 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – PKR akan bersama-sama Pakatan Harapan (PH) mengukuhkan gabungan itu dan menyokong usaha peralihan kuasa.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat khas hari ini.

“MPP turut menyatakan pendirian parti untuk terus mengukuhkan Pakatan Harapan, dan terutama di dalam langkah-langkah berkait peralihan kuasa Keadilan akan terus bersama Pakatan Harapan,” katanya menerusi kenyataan.

Perkara itu katanya antara isu mutakhir yang dibincangkan selain mengenai usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang memberikan kesan keada rakyat dan ekonomi negara.

Ia termasuklah usaha untuk menggubal dasar berhubung menempatkan semula tenaga kerja dan membangunkan semula sektor yang terjejas sehinggalah ke aspek pendidikan.

“Memandangkan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang amat meluas termasuk terhadap pendapatan dan pekerjaan, MPP akan mengusahakan penggubalan dasar-dasar terutama berhubung penempatan semula tenaga kerja (redeployment of labour), usaha memangkin pertumbuhan bagi sektor-sektor ekonomi yang paling terjejas atau yang berpotensi tinggi, penyelesaian masalah akses pendidikan, serta perkara-perkara lain yang melibatkan pertumbuhan ekonomi dan kepentingan rakyat,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Fahmi Fadzil if you are a sensible Muslim who knew of what happened to the Muslims and their economy during PH’s rule, you should not join force with the enemies of the Islam who are ambitious to turn this country into a secular state. PH is a toxic for this country. Equally dangerous like the CCP-Virus (Covid-19). We have a beautiful country under the Malaysian King that practices a philosophy of co-existence under the umbrella of Rukun Negara and the Perlembagaan Negara that promise to take care of all the races living in this country. O Muslim leaders don’t sell your souls to the devils. Please work for Muslim unity and “Perpaduan Rakyat” in this country. Malaysia is a rich and resourceful country. There is enough for everyone. If you render your effort for the peace and prosperity of this country, then you will be blessed my God.

  2. This shows cik non’s desperation to be in the ruling government. Do not expect pkr ada maruah dan dignity. Najis betul… Biar kerja kutip sampah masih lagi ada harga diri dan maruah berbanding Anjing2 DAP ini.

    Al-Qur’an dengan jelas melarang menjadikan orang kafir sebagai Pemimpin walaupun Kerabat sendiri Cik Non.:
    QS. 9. At-Taubah : 23. “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan BAPAK-BAPAK dan SAUDARA-SAUDARAMU menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan, dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

    Teramat sangatlah apabila kita bersekongkol dengan Lim guling n geng yg dah tentu2 bukan sedara mara kita.

  3. Bunyi macam bagus, berdegar2!

    Dulu dapat kuasa 22 bulan habuk pun tarak, asik hari2 nak jual semua aset2 negara!

    Boleh jahanamlah!!!

  4. Peralihan kuasa apa jadahnya! Lagi dulu Medey tak nak bg kuasa kat Bang Non…Nuar Al Juburi jer masih bodoh mcm ko juga Fahmi Fadhil…sampai mampos lah ko kena kencing dgn Mamak Medey

  5. MALU SEBAHAGIAN DRP IMAN (HADIS)….MEREKA YANG TIDAK MALU ATAU HILANG KEMALUAN SEBAB2 TANGAN2 MEREKA SENDIRI…..BERMAKNA TIADA IMAN

Comments are closed.