Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercakap semasa sesi sidang media pada Program Luncheon Talk di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa (AJK) ARMADA Klang memberi sokongan penuh kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkap Perdana Menteri, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin.

“Kami menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah tidak mewakili seluruh akar umbi sepertimana yang dimaklumkan pada sidang medianya.

“Kami juga menolak sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Saddiq yang dikategorikan ‘suara akar umbi’ tanpa berbicang dengan semua pihak,” kata Muhammad Firdaus Khan Mohd Osman.

Mereka juga memohon Syed Saddiq supaya tidak menggunakan nama nama ketua-ketua ARMADA tanpa pengetahuan mereka dan perlu merujuk pada tuan kepada penama tersebut.

“Kami juga memohon supaya Syed Saddiq tidak memfitnah Presiden PPBM Malaysia dengan sewenang-wenangnya. Kami ingin mengingatkan bahawa Syed Saddiq bukan lagi ahli ARMADA mahupun ahli Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Firdaus juga memohon Syed Saddiq supaya tidak masuk campur hal parti Bersatu.

“Kami juga menyeru kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk mengambil tindakan keras terhadap mana- mana ahli yang tidak mematuhi Perlembagaan parti dan memburukkan ahli lain.

“Akhir kata, kami Armada Bahagian Klang bersetuju dengan pemecatan Syed Saddiq dan beberapa ahli yang lain. Biar kita menjadi pemimpin yang menyatukan, bukannya melihat perbalahan,” ujarnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Hamzah dulu tikam UMNO, kini Bersatu