Gambar hiasan. foto Agensi

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) akan meningkatkan lagi pengeluarannya semasa pertemuan dalam bulan ini.

Kejatuhan harga minyak itu dipacu oleh kebimbangan gangguan permintaan.

Rusuhan yang berlaku pada hujung minggu melanda bandar-bandar besar AS pada malam Sabtu lalu dan bertukar menjadi keganasan susulan kematian George Floyd dalam tahanan polis.

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Julai didagangkan pada AS$35.25 (RM152.98) setong, susut sebanyak AS$0.24.

Kontrak WTI melonjak pada AS$1.78, or 5.3%, Jumaat lalu.

Minyak Brent juga didagang rendah AS$0.16 kepada AS$37.68 setong pada hari pertama bagi dagangan Ogos.

Kontrak Ogos meningkat sebanyak AS$1.81 atau kira-kira 5% pada hari Jumaat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast