SHAH ALAM – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi kemudahan kepada pengguna untuk membayar bil elektrik terkumpul tiga bulan bermula Mac, April dan Mei secara ansuran.

Menurut Ketua Pegawai Retail TNB, Megat Jalaluddin Megat Hassan kaedah pembayaran ansuran sehingga Disember itu ditawarkan secara automatik kepada semua pengguna khususnya yang tidak mampu melunaskan kesemua tunggakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun beliau berkata pengguna dalam masa yang sama perlu membayar bil semasa iaitu bermula selepas tempoh PKP.

“Pelan bayaran ansuran mudah untuk menberi ruang bayar tunggakan Mac April dan Mei secara ansuran sehingga Disember 2020,” katanya ketika sidang media selepas lawatan Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid ke Kedai Tenaga hari ini.

Pembayaran bil elektrik secara ansuran ini jelas beliau hanya untuk pengguna akaun TNB di kediaman sahaja.

Bagi pelanggan atau pengguna dalam kalangan industri dan perniagaan komersial, TNB telah memberi kemudahan diskaun 15 peratus dan pengecualian caj sambungan pengguna enam bulan.

“Dari sudut perniagaan pula kesan PKP sebahagian besar perniagaan tidak dapat beroperasi. Kita lihat dari sudut industri dan komersial kita dapati pengurangan pengguaan elektrik antara 30 hingga 50 peratus. Sebaliknya sektor kediaman ada peningkatan.

“Jadi maknanya tekanan sektor komersial dan industri berkurangan jika dibandingkan dengan sektor kediaman,”

“Selain daripada itu juga bukan bermaksud TNB tidak langsung memberi sokongan kepada komersial dan inustrial ada dua tiga pakej kita berikan.

“Pertama ada satu caj sambungan pengguna yang biasa dikenakan kepada pengguna industri dan komersial yang besar-besar. Kita telah maklum terus enam bukan tidak perlu bayar caj sambungan pengguna. Untuk bantu cashflow kepada industri ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Duduk rumah sepanjang PKP punca bil elektrik tinggi

3 Komen

  1. Sepatutnya pengguna persendirian diberi diskaun sehingga 50% kerana bkn salah kami kene duduk dirumah kerana semuanya sebab pendemik cvd19.

  2. Sepatutnya pengguna persendirian diberi diskaun sehingga 50% kerana bkn salah kami kene duduk dirumah kerana pendemik cvd19. Kadar letrik malaysia skrang sangatlah tinggi berbanding dgn kadsr air dan membebankan rakyat terutaman nya sekrng harga minyak dunia petrol, gas arang telah turun.

Comments are closed.