PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam sindiket along yang bergiat aktif di Kulim dan Pulau Pinang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Sapii Ahmad berkata, kesemua suspek berusia antara 29 dan  36 tahun terbabit ditahan dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang dari 27 hingga  31 Mei lepas, dan direman hingga 4 Jun ini bagi membantu siasatan.

“Kita percaya kesemua suspek ini terlibat dalam beberapa kes membaling cat merah dan bom petrol ke rumah peminjam wang yang gagal membayar pinjaman termasuk kes terbaharu membabitkan seorang mangsa di Kulim pada 14 Mei lepas.

“Pemeriksaan menemukan beberapa barang kes disyaki digunakan dalam kegiatan jenayah termasuk kad ATM pelbagai bank, telefon bimbit, komputer riba, mesin kad kredit, mesin kira wang, peti besi, botol cat merah, tong cat merah, sarung tangan dan sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 14 Mei lepas, seorang lelaki berusia 30-an menyedari bahagian hadapan rumahnya terbakar dalam kejadian di Taman Serai Wangi, Kulim pada 6.15 pagi selepas dimaklumkan oleh jirannya.

Kebakaran yang pada mulanya disyaki akibat litar pintas itu menyebabkan mangsa kerugian RM50,000, bagaimanapun siasatan lanjut polis mendapati kes berkenaan ada kaitan dengan sindiket along. – Bernama

1 Komen

  1. “Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam sindiket along yang bergiat aktif di Kulim dan Pulau Pinang.
    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Sapii Ahmad berkata, kesemua suspek berusia antara 29 dan 36 tahun terbabit ditahan dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang dari 27 hingga 31 Mei lepas, dan direman hingga 4 Jun ini bagi membantu siasatan.”

    Jika di buktikan bersalah mereka ini hendak lah diasingkan di sebuah pulau macam pulau bidung bagi memberi pengajaran supaya akur dengan undnag undang

Comments are closed.