Najib Razak

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Ia sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu keadaan politik dan kerajaan yang perlu stabil dan jangan menimbulkan lagi kemelut politik ketika negara berdepan dengan krisis ekonomi dan kesihatan paling besar.

Bagaimanapun, kata Datuk Seri Najib Razak, Pakatan Harapan (PH) yang masih mahu menjatuhkan kerajaan dengan ‘membeli’ ahli-ahli Parlimen PN.

Menurut beliau, jika PH cukup nombor sekalipun, majoriti yang diperoleh adalah tipis dan kerajaan PH 2.0 sekali gus kurang stabil.

”Lompat seorang-dua je, kerajaan akan tukar tangan lagi.

”Oleh itu, YDP Agong boleh gunakan kebijaksanaan dan kuasa baginda untuk bubarkan parlimen bagi menyelesaian masalah ketidakstabilan politik negara,” terang Najib.

Pada masa itu, tambahnya, BN sedia turun ke padang untuk lawan PH dalam PRU.

”Itulah maksud kita. Kita sokong kerajaan PN hingga PRU-15. ‘Tapi jika PH buat hal lagi, BN sedia menghadapi PRU supaya kestabilan politik dapat dipulihkan.

”Supaya kerajaan cukup stabil menghadapi dan melawan krisis.

”Ada faham, Pak Kadir?,” jelas bekas Perdana Menteri itu yang mengulas persoalan yang dikemukakan oleh Datuk A. Kadir Jasin berhubung pertemuan Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid semalam.

Soal Najib lagi, apa yang Kadir bimbang dengan PRU-15. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

UMNO, Pas penentu kedudukan Perikatan Nasional

3 Komen

  1. Pak kadir tu, myalak je, habuk pun tak ada..aku nasihat kpd pak kadir tu, tak pyh jadi pencacar kpd mahathir lh ya..ko jenis manusia yg tak pnh nk bersyukur..habis madu sepah di buang…aku sarangkan ahli2 politik yg tua2 , 80 an , 90 an n 100 an ni , udah2 lah main politik, bersara demi masa dpn ngra..

Comments are closed.