Muhyiddin Yassin answers Mahathir Mohamad Najib Razak power
Dr. Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin bosan dengan drama politik dalam kalangan pemimpin parti ini, seolah-olah parti itu semakin tiada hala tuju.

Ditambah pula dengan isu perlucutan jawatan dan keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu bersama yang lain-lain.

Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Mahathir Mohd Rais mendakwa, mereka berdendam dan bermusuhan dalam parti itu bukan pemimpin tetapi ‘puak-puak perosak’ yang ada bersama mereka.

Dakwanya, individu-individu tersebut sanggup melakukan apa sahaja biarpun ianya merosakkan imej parti.

”Parasit-parasit ini sengaja ingin memecahbelahkan kesatuan dalam parti dengan niat untuk mencetuskan perang persaudaraan dalam kalangan ahli parti.

”Ada juga saya lihat beberapa pemimpin peringkat bahagian yang seolah-olah lupa diri dengan kuasa dan mula merasakan diri mereka sudah hebat sehingga boleh mengeluarkan kenyataan biadap dan kurang ajar terhadap negawaran yang telah begitu banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir berkata, Bersatu tanpa Mahathir akan berkujur layu, sekali gus matilah parti berkenaan.

”Benar kata Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, jasa Tun Dr Mahathir Mohamad, umpama sebesar dan seberat bumi ini. Tanpa insan ini, Bersatu akan terkujur layu, matilah Bersatu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap kepimpinan Bersatu kembali bersatu dan berganding bahu memperkasakan parti tersebut. –

”Ketepikanlah segala perbezaan dan perbalahan demi kelangsungan parti yang kita cintai ini,” kata Mahathir. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

‘Kalau perlu letak jawatan, saya buat demi Bersatu’

6 Komen

  1. Atok nilah atok segala parasit. Jangan nak tuduh tuduh orang lain pulak. Parasit tua memang tak boleh masuk dengan orang muda. Parasit tua hanya perlu masa untuk di jemput oleh malaikat maut . Parasit tua tengok tengok lah dan pilih kain kapan jenis dan harga berapa yang sesuai. Pillih yang tahan sikit sebab nanti nak jadi Pengerusi Parto Alam Barzhah.

  2. Apa la ko ni.kita mmg hormat dia aebagai negarawan yg banyak jasanya tp bila byk buat keputusan salah dan rela dan mahu terus bersatu jadi boneka kena ikat tangan oleh dppp spt pkrr dan tak amanah..ko rosak dan .pecah belahkan bersatu ..ko terpaksa tak sokong dia kali ni demi agama bangsa negara..seseorang ru tak maksum walau wali Allah aekalipun.muak rakyat tgk kena main dgn kerajaan sblm ni..2 tahun asyik pm aku punya ko tunggu…rakyat tak terpeduli..ko plk nak jadi parasit baru..ikut je la kepimpinan bersatu sekarang..yg terlucut ahli tu..terang2 tak sokong parti..

  3. Mana boleh kutip semula 5 orang pengkhianat melayu tu… Silap besar lah kalau p ambil balik.. Dah elok2 boleh jadi kerajaan nti masuk 5 kutu politik semula terus hancur lebur…. Sudah2 lah yg menyokong mahadir.. Ibarat kamu menyokong dia mengkaya raya kan anak2 dan kroni2 dia… Si penyokong x dapat ape2 habuan pun.. Lagi susah ade lah

  4. Memang benar janji Allah. Jika kita aibkan orang lain maka Allah skan aibkan kita se aib aibnya. Kalau kita berniat untuk menyinglirkan orang dengsn cara ysng kotor juga Allah akan campakkan kita singkirkan kita lebih jaiuh dan hina lagi. Begitulah sebenarnya yang terjadi pada Madey. Kini dia orang kaya ysng mengemis pada semua orang dan MP untuk mendapat sokongan jadi PM9 pulak. Malunya lihat si tua ni. Hinanya dia pada mata masyarakat.

Comments are closed.