AMK PKR Wilayah Persekutuan membuat laporan polis ke atas seorang pengguna Facebook yang didakwa mengeluarkan komen ugutan berbaur jenayah ke atas Presiden Anwar Ibrahim pada kejadian semalam.Foto Ishan AMK Wilayah

KUALA LUMPUR – Barisan Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berhubung satu ugutan bunuh yang diterima terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut laporan polis itu, aduan dikemukakan sekitar jam 1.13 tengahari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul oleh empat individu mewakili AMK.

Aduan itu dibuat ke atas pemilik akaun Facebook Ekmal Rezali yang didakwa mengeluarkan komen berbaur jenayah ugutan bunuh ke atas Presiden PKR dan allahyarham bapanya Ibrahim.

AMK dalam kenyataan laporan polis yang dikongsi kepada MalaysiaGazette menjelaskan bahawa pengadu bernama P. Prabakaran berstatus wakil rakyat menerima satu komen live atau langsung ketika melayari sesi facebook live Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

“Ketika melayari FB Live Anwar, saya melihat satu status komen live dari individu bernama Ekmal Rezali yang mengeluarkan komen ugutan jenayah terhadap Anwar.

“Komen itu berbunyi “Kalau Ibrahim ada, Dengan Ibrahim aku bunuh” dimuat naik dalam ketika sesi live tersebut dan saya mendesak polis melakukan siasatan terperinci terhadap individu bernama Ekmal Rezali itu,” kata pengadu. -MalaysiaGazette

 

Salinan laporan polis mengenai ugutan jenayah ke atas Anwar Ibrahim.