Perdana Menteri memulakan tugasan hari ini dengan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi sesi pra-Kabinet menerusi persidangan video.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini kembali memasuki pejabat setelah selesai menjalani kuarantin selama 14 hari bermula 22 Mei lepas, selepas seorang daripada pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di pejabat Perdana Menteri disahkan positif COVID-19.

Sepanjang tempoh tersebut, Perdana Menteri telah menjalankan tugas rasmi dengan cara bekerja dari rumah.

Pada Selasa, 2 Jun lalu Muhyddin sekali lagi telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif.

Artikel berkaitan: Muhyiddin, 35 pegawai disahkan bebas Covid-19

Hari ini Perdana Menteri memulakan tugasan dengan mengadap Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah  bagi sesi pra-Kabinet menerusi persidangan video.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali ke pejabat selepas selesai menjalani kuarantin selama 14 hari.

Beliau kemudiannya mempengerusikan mesyuarat Kabinet secara persidangan video di mana menteri-menteri Kabinet berada di dua bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra.

Langkah yang julung kali diadakan ini adalah bagi menjamin amalan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat dapat dilaksanakan pada setiap masa.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast