Perintah berkurung wajib dilanjutkan selama tiga minggu lagi.- Foto Agensi

BUENOS AIRES – Argentina melanjutkan perintah berkurung wajib di ibu negaranya, Beunos Aires serta beberapa lagi kawasan dalam negara itu sehingga 28 Jun ini selepas kes positif koronavirus melepasi angka 20,000 awal pagi ini.

Pelanjutan selama tiga minggu itu melibatkan Beunos Aires dan beberapa bandar yang mencatatkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi manakala kawasan-kawasan lain yang lebih selamat hanya diperintah untuk melaksanakan langkah pencegahan dan penjarakan sosial wajib.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presidennya Alberto Fernandez dalam satu sidang media.

Fasa seterusnya akan merangkumi permohonan baharu termasuk senaman luar pada tempoh waktu tertentu dalam bandar Buenos Aires, kata pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Bandaraya berkenaan mencatatkan jumlah kes Covid-19 tertinggi.

Argentina merekodkan 929 kes jangkitan baharu pada Khamis, salah satu angka tertinggi sejak pandemik bermula.

Jumlah keseluruhan kes adalah 20,197 yang mana kebanyakannya direkodkan di Buenos Aires serta wilayahnya. Jumlah kematian keseluruhan 608. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast