Mahathir Mohd Rais
Mahathir Mohd Rais
KUALA LUMPUR – Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Mahathir Mohd Rais malam ini menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyddin Yassin selaku presiden dan pemangku presiden parti itu.
Mahathir yang juga Ketua Bahagian Segambut berkata, keputusannya itu sejajar dengan keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu semalam yang memberi mandat penuh kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.
“Dengan pengesahan dan ketetapan yang diambil didalam mesyuarat MPT semalam, saya akur dengan keputusan Parti dan telah berikrar untuk memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin selaku Pemangku Pengerusi Parti merangkap Presiden Parti.
“Dan mendoakan kejayaan buat beliau untuk meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-8,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Mahathir, sejak akhir-akhir ini terlalu banyak episod dtama politik yang terpaksa beliau tonton.
Beliau berkata, baginya kasih dan sayang saya kepada Bersatu ibarat lautan yang tiada penghujungnya dan seperti langit yang terbentang luas memayungi alam.
“Setiap satu episod didalam drama tersebut telah menginsafkan saya dan memberi pengajaran pada saya untuk menjadi lebih matang dan pada waktu yang sama tidak cepat melatah dalam pembuatan keputusan,” katanya.
Beliau turut mengucapkan penghargaan di atas segala jasa dan pengorbanan mantan pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap agama, bangsa dan negara.
“Bakti Tun akan kami kenang buat selama lamanya.
“Semoga Allah memanjang umur dan memberikan kesihatan yang baik kepada Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad serta mempermudahkan segala urusan YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin untuk mentadbir Malaysia kearah yang benar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast