Isham Abdul Jalil

KUALA LUMPUR – DAP dan Pakatan Harapan (PH) kini dalam dilema untuk mengangkat siapa dalam kalangan mereka sebagai calon Perdana Menteri kesembilan sekiranya berlaku pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRu15) diadakan.

Ini kerana, jika majoriti mengangkat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk kali ketiga, dikhuariti bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu boleh memecah dan menarik sedikit sebanyak sokongan Melayu.

Sedangkan, menurut Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN), Isham Jalil, tahap sokongan orang Melayu terhadap Dr. Mahathir kini dikatakan teruk merosot, tidak seperti sebelumnya.

“Sedangkan, orang Melayu pula melihat Dr. Mahathir kini ditunggang oleh DAP, menyebabkan sokongan mereka terhadap PH semakin hilang.

“Untuk mengubah persepsi orang Melayu terhadap dirinya, tiga bulan lepas dalam satu rakaman audio, beliau terpaksa menyatakan kononnya dia tidak suka DAP.

“Namun tindakannya membuktikan sebaliknya,” kata Isham dipetik kenyataannya yang dimuatnaik menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Sukarelawan Malaysia berkata, ketika “Langkah Sheraton” empat bulan lalu, sepatutnya Dr. Mahathir telahpun menjadi Perdana Menteri kelapan selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Namun, perancangannya telah tidak menjadi kerana ditolak oleh UMNO disebabkan kedegilannya mahu membawa DAP dalam kerajaan baharu, yang membuktikan beliau masih tidak mahu meninggalkan PH dan parti cauvinis itu.

Kata beliau, walaupun mantan Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu masih bersama DAP, pengundi Cina juga tidak lagi memandang tinggi kepadanya selepas PRU-14 terutama selepas Kongres Maruah Melayu.

“Ini ditunjukkan melalui kekalahan teruk PH dan Bersatu dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai tahun lepas, di mana hanya 40 peratus pengundi Cina dan lima peratus pengundi Melayu mengundi PH.

“Angka itu menunjukkan sokongan terhadap PH jatuh teruk berbanding 80 peratus Cina dan 25 peratus Melayu yang mengundi mereka pada PRU-14.

“Jika DAP mengangkat Dr. Mahathir sekali lagi sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-15 ini, besar kemungkinan undi Melayu yang dikejar tidak dapat, dan undi Cina yang dikendong akan berciciran seperti berlaku di Tanjung Piai,” katanya.

Isham menjelaskan, sekiranya berlaku, PH akan hilang banyak kerusi pada PRU-15 akan datang termasuk Bersatu kehilangan kerusi di Muar, Simpang Renggam dan Sri Gading yang dimenangi mereka dengan sokongan undi Cina.

Bahkan, lebih separuh kerusi Parti Amanah Negara (Amanah) dan banyak kerusi PKR yang dimenangi kerana perpecahan tiga penjuru undi Melayu antara UMNO, Pas dan PH pada PRU-14, besar kemungkinan bertukar tangan jika Dr. Mahathir menjadi calon Perdana Menteri untuk PH kali ini.

“Selain Dr. Mahathir yang meletakkan jawatan dan menyebabkan kerajaan PH tumbang, Khalid Samad adalah antara sebab utama yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan PH sebelum ini kerana terlampau gopoh memaksa Dr. Mahathir melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Namun, jika PH dan DAP mengangkat Anwar sebagai calon Perdana Menteri kesembilan, Presiden PKR itu akan dapat mengekalkan sokongan pengundi Cina kepada PH, tetapi dia tidak akan dapat menarik sokongan Melayu.

“Tanpa Dr. Mahathir, Anwar telah cuba sebanyak empat kali sejak 1999 untuk membawa pakatan untuk menang PRU dan membentuk kerajaan sebelum ini, namun tidak berjaya kerana rata-rata orang Melayu tidak lagi menyokong,” ujar beliau.

PH, tegas beliau, pastinya tahu mereka tidak boleh mengharapkan Anwar untuk menarik sokongan Melayu bagi menang PRU, sekali gus membentuk kerajaan.

Kini katanya, Anwar dan Dr. Mahathir telah menjadi liabiliti kepada PH dan DAP, sebab itu sehingga kini walaupun PH bercita-cita untuk membentuk semula kerajaan, mereka masih tidak boleh mengisytiharkan siapa calon Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Kes Najib di Mahkamah
    Whether you like him or not, DSN is indeed a great man. He allowed himself to be questioned by the prosecution for 11 days. All those days, he was under oath. Wow, that was great! Only a brave man could have done it. A man whose conscience is clear and he has nothing to hide. Now guys, compare DSN with Anwar, Guang Eng, Azmin, Mat Sabu and others in PH. I am pretty sure; they will shiver in their pants. Anwar refused to be questioned under oath. All the time, shouting “Reformasi and Konspirasi) and I am the good guy”. While Lim Guan Eng, used his political power backed by Mahathir and Tommy Thomas (some call him Tommy Tomato) to stop his ongoing trial (the bungalow and the Penang Tunnel) cases. By the way, the law is a complicated and a tricky subject and not everyone will understand it, not even the so-called great super genius of Malaysia (Mahathir). While PH was in power, it launched a trial by media on DSN. They made the whole world laugh at him. But DSN stood firm as a rock and fought back with hard tangible facts. Look now what has happened to the people in Malaysia, they are now supporting and sympathizing DSN. They believe him now more than ever that it was a conspiracy by Mahathir and PH that brought him down and made him lose power. My last word will be, may God be with DSN. May God also save Malaysia and its beautiful people. p.s I suggest it is about time you must put on your thinking cap to see what is happening in Malaysia. The rest is your joy of discovering the truth.

Comments are closed.