Bendera pakatan harapan
Foto hiasan

PULAU PINANG – Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, Pakatan Harapan (PH) setakat ini belum mencapai sasaran 129 kerusi Parlimen seperti yang disebar dalam spekulasi.

Walau bagaimanapun, sasaran itu boleh dicapai jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berganding dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya tidak berpendapat bahawa kami sudah ada 129 kerusi. Ia bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mustahil jika percanggahan Dr. Mahathir dan Anwar dapat diselesaikan dan pengagihan jawatan dirundingkan dengan baik,” kata Chin Tong kepada Kwong Wah Yit Poh.

Chin Tong juga tidak menafikan kemungkinan berlaku pilihan raya kilat pada akhir tahun jika persetujuan berjaya dicapai antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Terdapat khabar angin bahawa Najib sedang melihat peluang yang diwujudkan COVID-19 dan faktor lain yang akan menyebabkan peratus mengundi menurun ke 60 peratus.

“Keadaan ini akan membolehkan UMNO dan Pas memenangi pilihan raya melalui sokongan penyokong tegar mereka,” katanya kepada Kwong Wah Yit Poh.

Sementara itu, Chin Tong yang juga Ketua DAP Johor memberitahu Sinchew Daily bahawa adalah menjadi kebimbangan PH bahawa Najib dan UMNO akan menghala ke arah pembubaran Parlimen.

“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyelaraskan semula pengaruh Dr. Mahathir dan Anwar supaya mereka tidak dipecahkan oleh Muhyiddin dan Najib.

“Kami sedang berusaha walaupun kerja pemulihan ini sukar dilaksanakan. Saya berharap semua rakan seperjuangan akan bersabar dan menghadapi keadaan ini secara bersama,” katanya..

Sementara itu, Chin Tong menafikan bahawa akar umbi DAP Johor berasa tidak puas hati dengan beliau kerana menyebabkan parti itu kehilangan satu jawatan Exco.

Chin Tong juga berkata, khabar angin mengenai pertukaran kerajaan di Johor sebagai sesuatu yang tidak pasti.

Chin Tong berkata, surat layang yang muncul di Internet dan mendakwa Amanah dan PKR masing-masing akan menerima dua jawatan Exco sementara masing-masing tiga jawatan untuk DAP dan Bersatu adalah rekaan semata-mata.

Selain jawatan Exco, surat yang mencuri tumpuan itu juga mendakwa jawatan Menteri Besar akan diberi kepada Bersatu.

Akar Umbi DAP juga didakwa dalam surat layang itu sebagai tidak berpuas hati kerana parti itu kekurangan satu jawatan Exco berbanding sebelum pengambilalihan kuasa oleh Perikatan Nasional.

Chin Tong juga digambarkan sebagai selalu berada di Kuala Lumpur dan sudah lama tidak pulang ke Johor, sehingga ahli DAP gagal mendapat maklumat yang konkrit mengenai keadaan semasa.

Chin Tong ketika dihubungi Sinchew Daily berkata, beliau sedia maklum mengenai kemunculan surat layang itu yang tersebar dalam parti dan juga melalui media.

“Ini adalah surat layang dan ini bermakna kejadian yang digambarkan itu tidak berlaku, tetapi kandungan surat adalah rekaan semata-mata,” katanya. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Buat propa betul..kalau ko betul bagus org ckp pa pun org tak peduli dan akan sokong..tp dapp mmg dah teebuka nmpak suka lagakan org asyik slhkan org depan lain belakang lain ambik keaemptan atas paeti politik lain..fitnah sapa nk sokong lagi..

  2. Aiyaa…semua cina akan sokong dap …dpn saja lain ckp…cina kan menang lu tau ka

  3. Berebut kuasa dalam keadaan negara dan rakyat memderi5a menghadapi covid19..surat layang kalau tak benar,org tak sebar ..salah najib jugak..pape hal najib j8gak jadi kesalahan..power betul ds najib

  4. Apa2 pun majoriti pengundi rasional melayu islam sudah muak dan nak muntah dgn politik PH konkongan DAP. Satu undi utk PH bermakna satu undi utk DAP. DAP parti cina ultra rasis, ultra anti melayu, ultra anti islam, ultra anti institusi raja2 melayu …..tak kan pengundi2 melayu rasional nak terjerat kali kedua dgn mempercayai janji2 kosong bulan dan bintang PH??? Bodoh dan bingai sangat ke orang2 melayu ni? Kalau benci sgt kat Najib pun, tak usah ler undi dia….pilih ler orang lain tapi UMNO, PAS atau Bersatu WAJIB diutamakan…
    ingat orang melayu dah terbukti TIDAK selesa dipimpin oleh parti kapir harbi jahanam DAP, 2 tahun SEMUA keistimewaan orang melayu dipersoal oleh DAP kapir harbi ini, apa Mahathir buat? diam membisu! Skang melayu ‘in total control of malaysia’ masih nak bagi cina kapir harbi memerintah? Bodoh ke apa orang2 melayu ni? Ada melayu nak pecahkan lagi undi melayu???memang melayu ni mudah lupa, melayu tak sedar diri, melayu terlalu dimanjakan oleh mentaliti subsidi….melayu memang suka diperkudakan oleh kaum pendatang sampai isu2 pasar chow kit, pasar selayang, pasar pudu, pasar jln othman dll timbul….sebab terlalu manja dan malas….mmg patut pun pendatang2 take over pasar2 ini…mereka lebih komited dan berwawasan….BANGUN LAH WAHAI ORANG2 MELAYU, BUANG MENTALITI MALAS DAN MENGHARAPKAN SUBSIDI SEMATA MATA…TAKE CONTROL OF YOUR OWN COUNTRY!! WAKE UP!!!!

  5. semuanya salah Najib,
    sblum PRU14 salah Najib,
    da jadi kera jaan salah Najib,
    da jatuh tersungkur pun salah Najib,
    puak2 bodoh kominis,peliwat,nyanyok n khadam dapp mmg BANGSAT!!
    xabis2 nak hancurkan negara nie,
    SIAL punya PHaram,
    sendiri BODOH salahkan org lain,
    BABI!!

Comments are closed.