Dr Raha Abdul Rahim (2 dari kiri) mewakili UTeM menerima replika sumbangandaripada wakil pihak Bank Rakyat di Bangunan Canselori, kampus induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima sumbangan sebanyak RM53,000.00 daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat),
MBSB Bank Berhad dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata,
sumbangan berkenaan telah diterima sejak bulan April lalu dari ketiga-tiga bank
berkenaan.

Tetapi baru-baru ini, sekali lagi Bank Rakyat menyampaikan sumbangan lagi.

Jelas beliau, pihak Bank Rakyat pada April lalu telah menyumbang sebanyak RM
15,000.00 bagi Tabung Bantuan Bencana UTeM (Covid-19) khusus untuk pelajar
manakala yang terbaru pula adalah sebanyak RM 5,000.00.

Katanya, amaun sumbangan RM 5,000.00 kepada UTeM ini pula adalah bertujuan
bagi pembelian bahan mentah untuk proses pembuatan UTeM Shield yang
dihasilkan sendiri secara dalaman di sini.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh wakil pihak Bank Rakyat yang diwakili oleh
Pengurus Bank Rakyat Cawangan Ayer Keroh, Abd Razak Mohd Atan kepada UTeM
di Bangunan Canselori, kampus induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.

Terdahulu sumbangan berjumlah RM 33,000.00 yang telah disumbangkan oleh pihak
MBSB Bank Berhad sebanyak RM 30,000.00 dan BSN sebanyak RM3,000.00 pada
April lalu bagi tujuan Tabung Bantuan Bencana UTeM (Covid-19).

Dr Raha menyatakan bahawa pihak UTeM amat menghargai berterima kasih kepada
pihak bank yang sentiasa prihatin dan terus menyokong usaha baik UTeM dalam
situasi kritikal sebegini. – MalaysiaGazette