TERKINI : Kaedah PKPB Berkesan, Sudah Tiba Masa Untuk Buka Sektor Lain – Dr. Noor Hisham Abdullah

Lebih banyak sektor akan dibuka dalam masa terdekat dan diperluaskan termasuk aktiviti sosial serta sukan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu diputuskan selepas trend jangkitan Covid-19 dalam warganegara berkurangan biarpun kelonggaran diberi sebelum ini untuk keseluruhan sektor ekonomi dibuka ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, pengenalan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKPB turut membantu menurunkan kes jangkitan kepada satu angka.

“Dalam seminggu lagi (kes mungkin) kekal satu angka tapi kita kena pastikan tahap kepatuhan rakyat. ”

Tindakan juga sudah diambil, kita sudah ada jawatankuasa untuk melihat kepatuhan dalam kalangan warga asing.

Mereka juga kena patuh SOP yang digunakan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini, hari ini.