Boris Johnson digesa mengadakan inkuiri bagi membuat persiapan hadapi gelombang kedua Covid-19 di UK.

LONDON – Para pakar perubatan dan saintis terkemuka di United Kingdom mendesak kerajaan pimpinan Boris Johnson supaya segera mengadakan inkuiri awam sebagai persiapan mencari kaedah baharu menghadapi gelombang kedua penularan Covid-19.

Dalam satu surat kepada the Guardin, seramai 27 pakar perubatan dikatakan memberi amaran kepada kerajaan UK bahawa ramai lagi akan menjadi mangsa pandemik itu apabila gelombang kedua menimpa negara sekiranya kerajaan tidak memperbaiki dasar dan segala tindakan semasa dalam menguruskan bencana tersebut.

Menurut mereka kini wujud keperluan untuk mencari penyelesaian jangka pendek membetulkan segera keadaan semasa yang menyaksikan UK merekodkan kematian Covid kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.

Walaupun saintis dan pakar perubatan barisan hadapan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan ribuan nyawa setiap hari kematian semakin meningkat di UK.

Golongan miskin dan kumpulan minoriti adalah paling ramai terjejas dan menjadi mangsa Covid-19 di UK.

Para pakar juga menyenaraikan masalah-masalah yang memerlukan penyelesaian kadar segera sebelum berdepan cabaran gelombang kedua yang akan melanda UK pada bila-bila sahaja.

Menurut mereka, kebajikan sosial, khidmat kesihatan Covid-19 mempunyai kelemahan yang perlu dibetulkan segera.

Selain itu Barisan Kabinet Westminster juga didakwa gagal berhubung dengan kerajaan tempatan dan negara lain serta ketidakupayaan menyalurkan bukti saintific untuk diubah sebagai dasar dan kegagalan menyediakan peralatan kelengkapan perubatan untuk barisan hadapan yang menghadapi kesulitan sehingga kini di negara tersebut.

“Kami mendesak semua parti politik supaya mengadakan satu inkuiri berkepakaran awam secara telus untuk mengenalpasti dan menangani masalah terkini akibat Covid-19

“Ini mesti mengelak mengalihkan usaha dan kerja keras mereka yang bertindak terhadap krisis tetapi perlu mencadangkan langkah berkesan untuk menangani kekangan yang dihadapi barisan hadapan sebagai membantu menyelamatkan ribuan nyawa manusia yang maut kepada pandemik itu setiap hari,” kata surat itu.

Menurut mereka amalan terbaharu yang dicadangkan mereka adalah relevan dan sangat penting buat madsa ini supaya langkah bertindak terhadap krisis dunia ini dapat diperbaiki sekiranya virus berkenaan kembali semula akhir tahun ini.-MalaysiaGazette