ARKIB: Orang ramai turut berkumpul untuk mengetahui perkembangan terkini mesyuarat tergempar pemimpin di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 23 FEBRUARI 2020.

PULAU PINANG – Perjumpaan Sheraton pada Februari telah menyebabkan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) keliru selama empat hari dan gagal bertindak balas terhadap keadaan politik masa itu.

Kegagalan bertindak secara efektif dalam empat hari yang sangat penting itu termasuk tidak dapat mengenal pasti kedudukan Tun Dr. Mahathir Mohamad seterusnya menyebabkan kerajaan PH ditumbangkan.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, majlis makan Sheraton merupakan rancangan politik yang sudah dirancang lama dan apabila perjumpaan itu mengambil tempat, pemimpin PH hanya mampu tergamam kerana tidak dapat menguasai apa yang sedang berlaku.

“Kegagalan kami adalah berpunca daripada serangan trojan apabila Ketua Setiausaha Sekretariat PH masa itu, Datuk Saifuddin Abdullah berpaling tadah dan menyebabkan komunikasi antara parti-parti komponen terganggu.

“Selama ini, komunikasi antara parti banyak dijalankan melalui sekretariat dan kami tidak sangka Saifuddin juga adalah trojan,” katanya dalam wawancara bersama Kwong Wah Yit Poh.

Chin Tong berkata, beliau juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memohon cuti untuk ke luar negara selepas menyerahkan satu laporan mengenai pilihan raya kecil di Tanjung Piai di Johor.

“Dalam tempoh dua bulan Muhyiddin berada di luar negara, kami diberitahu terdapat satu mesyuarat di London dan beliau dikatakan berubah fikiran selepas mesyuarat itu dan akhirnya bertukar haluan,” katanya.

Menurut Chin Tong, Datuk Mohamed Azmin Ali telah membawa diri sebagai golongan yang mempertahankan Dr. Mahathir daripada didesak melepaskan jawatan.

“Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya ada memberi amaran bahawa partinya akan membuat keputusan yang tidak berpihak kepada PH jika Dr. Mahathir terus didesak.

“Anwar juga bertindak dengan segera dan bertolak ansur dalam soal jawatan Perdana Menteri,” katanya.

Ujarnya, tindakan Anwar itu bagaimanapun tidak memberi kesan apabila perjumpaan Sheraton diadakan pada 23 Februari.

Katanya, rentak rampasan kuasa itu terlalu cepat dan sempurna sehingga di luar jangkaan PH, malahan menyebabkan PH tidak dapat bertindak balas kerana kekeliruan selama empat hari.

“Pada masa itu, kami tidak tahu pendirian Dr. Mahathir atau Muhyiddin. Ramai yang beranggapan bahawa Dr. Mahathir berada di kem bertentangan.

“Hanya selepas Anwar, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Wan Azizah berjumpa dengan Mahathir, barulah kami sedar bahawa Dr. Mahathir telah didesak oleh pihak lawan,” katanya.

Chin Tong berpendapat Dr. Mahathir tersilap langkah apabila mencadangkan kerajaan perpaduan dibentuk.

Katanya, Guan Eng pernah mengajak Dr. Mahathir menghadiri mesyuarat PH bagi melakukan perbincangan.

“Dr. Mahathir bagaimanapun tidak mahu hadir dan PH akhirnya bertukar untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Chin Tong berpendapat, masing-masing Anwar dan Dr. Mahathir telah dimanipulasi dan akhirnya dijatuhkan oleh trojan.

“Mohamed Azmin telah bercanggah dengan Anwar dalam PKR dan beliau asyik mengapi-apikan Dr. Mahathir.

“Terdapat juga orang yang rapat dengan Dr. Mahathir tidak mahu beliau bekerjasama dengan Anwar dan ada juga trojan daripada UMNO yang berjaya meresap masuk ke dalam Bersatu,” katanya. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. X habis2 lagi menyalahkan orang/parti lain dlm komponen PH yg menjadi punca jatuhnya kerajaan PH. Apa DAP tidak menyumbang kepada kejatuhan kerajaan PH? Kenapa pula Tun M timbul dengan idea kerajaan campuran? Kenapa PPBM ‘mengugut’ untuk keluar dari PH jika tekanan terus diberikan kepada Tun M? DAP perlu ingat tindakan melampau pemimpin mereka yang menekan orang2 Melayu serta Raja2 Melayu dan urusan agama Islam melalui TROJAN2 mereka menjadi faktor UTAMA kenapa kerajaan PH tumbang.
    INGAT LCT, KAMU HANYA BOLEH MERANCANG TAPI YANG MENENTUKAN ADALAH ALLAH SWT.

  2. Semuanya bermula dari DAP, angin cameron sudah bawa turun sampai ke tanjung piai. Alhamdulliah Harimau Melayu sudah terjaga dari tidur.

  3. Apa yang ngko merepek ni syaitonnn…. Dah tumbang tu dahlah… Bising saja itu ini, itu ini, meracau macam orang kena sampok hantu…

  4. mahadir silap perkiraan sendiri. kerana jiwanya bukan jiwa ph. tapi pembawaan lama jiwa umno. sehingga bertindak sendiri tanpa majlis presiden. kalau dia masuk majlis ph majlis presiden perkara letak jawatan tidak boleh berlaku. tapi mahadir ego. panik bila ditekan. lupa tanggong jawab sepatutnya lalu meletak jawatan.

Comments are closed.