Musa Aman
Tan Sri Musa Aman. foto MALAYSIA GAZETTE, 05 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – ”Sesungguhnya Allah Maha Adil dan janjiNya itu benar dan pasti bagi hambanya yang sabar.

”Apa yang telah berlaku kepada saya dan keluarga, biarpun dilihat terjadi kerana perbezaan politik, saya anggap sebagai ujian dan dugaan Tuhan buat kami sekeluarga,” kata Tan Sri Musa Aman yang telah dibebaskan Mahkamah Tinggi daripada 46 tuduhan rasuah hari ini.

Sambil melahirkan rasa syukur kepada Allah, Musa berkata, dengan izin Tuhan beliau telah diberikan keadilan untuk membersihkan segala tuduhan yang sekelian lama dibuat ke atas dirinya.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, permohonan untuk membatalkan pendakwaan yang difailkan awal tahun ini dibuat dengan cukup teliti dengan disokong oleh keterangan dan dokumen bukti yang cukup jelas dan nyata yang tidak dapat dipertikaikan.

”Terima kasih kepada barisan peguam saya bersama pembantu mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cukup baik dan berdedikasi sepanjang tempoh ini.

”Terima kasih kepada semua keluarga saya yang sentiasa bersama dan bersabar serta sentiasa mendoakan sepanjang dugaan ini.

”Tidak lupa para sahabat jauh dan dekat serta rakan seperjuangan yang membantu secara langsung dan tidak langsung dan juga rakan media yang telah memberi saya ‘benefit of the doubt’ sepanjang liputan kes ini,” ujarnya.

Musa Aman bebas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

 

3 Komen

  1. I pity the Sabah Chief Minister. He is also a victim of PH,just like DSN. He is soft-hearted and kind person. The present government in Sabah is following the same strategy like the 7the PM. Mengugut ahli politik masuk kumpulan dia, kalau tak nak dilemparkan berpuluh-puluh tuduhan yang boleh menjerumuskan ahli politi lawan ke dalam penjara. I wish Sabah will join the the present govenment under the 8th Prime Minister.

  2. Alhamdulillah, syukur keoada Allah SWT yang telah menentukan Qadaq dan Qadarnya.

Comments are closed.