Isham Jalil
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu berterus terang dari mana datangnya wang tunai RM250,000 yang hilang di rumahnya.

Malah, bekas menteri itu perlu menjelaskan mengapa beliau dan bendaharinya perlu memegang beratus-ratus ribu ringgit tunai di rumah tanpa mengikut prosedur kewangan parti.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, jumlah wang yang banyak seperti itu bukanlah dari petty cash, oleh itu untuk mengeluarkan wang tunai sebanyak itu memerlukan kelulusan rasmi.

Menurutnya, jika tiada kelulusan diperoleh, ia adalah salah guna kuasa dan penyelewengan yang mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis perlu menyiasat.

Seandainya sebelum ini Syed Saddiq kerap memanggil pemimpin UMNO kleptokrat apabila mereka dituduh menyalahguna kuasa oleh SPRM dan dibicara di mahkamah walaupun belum terbukti mereka bersalah.

Maka, Ahli Parlimen Muar itu juga perlu terbuka untuk disiasat dan dibicaranya supaya namanya boleh membersihkan seperti pemimpin-pemimpin lain dan bukan bersembunyi di sebalik retorik politik dengan menyalahkan pihak berkuasa berkenaan siasatan ke atas dirinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Dia dah panik, dia kata lah duit kena curi. Padahal peraturan perlembagaan parti tak ikut, lepas tu duit ypc (youth power club) yang kononnya untuk aktiviti2 belia rm50 juta entah ke mana. Itulah sebab wang2 persatuan politik pun kena audit macam audit syarikat. Kalau tak peluang untuk penyelewangan memang besar.

Comments are closed.