TOKYO – Harga minyak dunia jatuh hari ini selepas industri melaporkan kenaikan inventori bahan api di Amerika Syarikat, sekali gus mencetuskan kebimbangan lebih bekalan dan penurunan permintaan di negara pengguna terbesar minyak.

Niaga hadapan Brent susut AS$0.57 atau 1.4% kepada AS$40.61 setong pada 0055GMT selepas meraih keuntungan hampir 1% semalam.

West Texas Intermediate pula jatuh AS$0.68 kepada AS$38.26 setong selepas melonjak 2% pada sesi sebelumnya.

Kedua-dua kontrak meningkat kepada tertinggi dalam tiga bulan pada hari Isnin tetapi beberapa penganalisis berpendapat pasaran telah meningkat terlalu jauh, terlalu cepat apabila wabak koronavirus yang melanda seluruh dunia masih mencatatkan kenaikan harian.

“Kemerosotan Brent kemungkinan disebabkan pengambilan untung setelah tiada data fundamental baru yang akan mengesahkan perubahan dalam sentimen,” kata Stephen Innes, Ketua Strategi Pasaran Global di AxiCorp.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat naik 8,4 juta tong pada minggu hingga 5 Jun, menurut data Institut Petroleum Amerika.

Stok bahan bakar suling, termasuk bahan bakar diesel dan minyak pemanasan, meningkat sebanyak 4.3 juta tong, melebihi jangkaan kenaikan 3 juta tong. – MalaysiaGazette