TERKINI : Guna Ilmu Sains Untuk Sembelih Lembu Korban

Satu demonstrasi inovasi penyembelihan menggunakan sangkar mudah alih diadakan di hari ini disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal ehwal Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama Menteri sains teknologi dan inovasi Khairy Jamaluddin.

Menurut Zulkifli, sangkar penyembelihan mudah ali ini merupakan salah satu inovasi baharu dan sesuai untuk digunakan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana menjimatkan masa, tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai dan kaedah pengurusannya yang sistematik.