KUALA LUMPUR – DAP mendakwa, beberapa Ahli Parlimen dari blok pembangkang bakal “menyerah diri” kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh dua minggu ini, menerusi taktik kotor, ugutan dan tekanan oleh kepimpinan sekarang.
Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong Ketika mendedahkan perkara itu mendakwa, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berusaha untuk mengumpul sekurang-kurangnya 125 kerusi dalam tempoh itu bagi membolehkannya berjalan masuk ke Parlimen dengan selesa dan selamat.
“Muhyiddin mahu memecahbelah Pakatan Harapan (PH) dan semua sekutunya. Ugutan, tekanan dan taktik kotor sedang digunakan terhadap Ahli-ahli Parlimen pembangkang dengan harapan ada antaranya yang bakal menyerah.
“Jika dia dapat meningkatkan majoritinya kepada 125 kerusi dalam tempoh dua minggu lagi, beliau boleh jalan berkepak masuk ke Parlimen pada 13 Julai, mengetahui kerusinya dijamin selamat.
“Selepas itu, beliau boleh duduk selesa di kerusi kuasa buat satu tempoh, sebelum memulakan langkah autoritarian demi menghancurkan sebarang ancaman baharu ke atas pentadbirannya,” katanya yang dipetik roketkini.com sebagai berkata.
Bagaimanapun, ujar beliau, Muhyiddin masih diboncengi UMNO terutama Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dikatakan sedang menanti masa untuk menggulingkan Pengerusi Bersatu itu, sekaligus mengembalikan rejim lama berkuasa.
Kata Pengerusi DAP Johor itu, UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Pas mempunyai 60 kerusi terkumpul di Parlimen serta mampu mencetuskan pilihan raya mengejut jika menarik diri dari gabungan PN.
“Satu lagi senario lebih hampir kepada situasi semasa, iaitu jika Muhyiddin tidak berjaya menambah majoritinya dalam tempoh dua minggu ini dan terpaksa mengelak sidang Parlimen pada Julai, beliau mungkin akan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada September atau Oktober seperti yang sedang digembar-gemburkan sekarang.
“Dengan berbuat demikian, beliau mahu mendapatkan mandat baharu. Baginya, keadaan kian terdesak dan bagi kerajaannya membentangkan Belanjawan 2021 kepada Parlimen yang tidak berubah adalah kerja sia-sia kerana berkemungkinan tidak mendapat sokongan.
“Dengan mengadakan PRU awal, Muhyiddin berharap UMNO dan Pas akan memberi ruang kepada puaknya dalam pengagihan kerusi,” katanya.
Chin Tong berkata, rakyat yang telah menumbangkan UMNO pada 2018 harus sedar situasi PN amat tidak menentu dan satu-satunya cara untuk menghalang pemulihan rejim lama itu ialah dengan mengenepikan segala perbalahan, bergerak dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya dalam tempoh tiga bulan lagi.
“Hanya jika Muhyiddin dan Najib sedar mereka tidak berkemungkinan menang PRU walaupun mempunyai perjanjian pilihan raya yang tegas, di mana mereka tidak bertembung satu sama lain, kita boleh terus berlawan di Parlimen sahaja,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Kau gebang je lebih..
Kalau bab menghasut..berita palsu perkauman laga melaga u sre still no 1. In the world..congratulation..
Hahahaha,DAP yg merasa celaru,rakyat amat tenang dan begitu yakin dgn kerajaan PN,kecuali kadam2 yg sedang meroyan
DApigs cakap lan DAjubur cakap lain DAtua cakap lain… Inilah dia PHaruupun… Buatlah group WhatsApp
Bila kebun takdak babi(dap) selamat anak cucu makan hasil ..halau jauh2 babi yg ghairah nk rosakan pokok yg sedang di pulih ni ..
Sudah muak lah Cheng Tong kosong Dapig
Yang penting jangan ganggu rakyat, nak ganggu ahli Parlimen itu YB-YB punya cerita. Yang rakyat mahu sekarang ni, perut tidak boleh kosong, jangan hendak mengata rakyat pemalas, dan jangan cuba nak peras ugut rakyat, rakyat mahu bebas bergerak hingga bebas dari covid. Pandai-pandai kerajaan PN hendak buat macam mana pun.
Tong kosong ni banyak cakap tp kalah PRU 14…poodah
Tahniah Liew
Batu api nombor satu, skrg lu ganti LGE jadi mouthpiece DAP.
Kita pun mahu snap GE 15 diadakan, sudah muak dengan Pakat Hancing. Jadi biar kita rakyat buat keputusan……