Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan lawatan ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWS), Kuala Lumpur. - Foto AFFAN FAUZI

KUALA LUMPUR – Tidak ada peruntukan daripada Khazanah Nasional Bhd untuk Malaysia Airlines Bhd sebanyak RM5 bilion, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Malah Ahli Lembaga Pengarah Khazanah itu turut berkata tiada perbincangan diputuskan oleh sayap pelaburan kerajaan Malaysia itu.

“Sebagai ahli Lembaga Pengarah Khazanah ini kali pertama saya dengar laporan (Khazanah akan suntik RM5 bilion kepada MAS).

“Saya tidak pernah dengar dakwaan itu, sama ada daripada Pengerusi MAS ataupun CEO Khazanah yang mereka akan suntik peruntukan kepada MAS.

“Jika itu berlaku, ia terpulang pada syarikat berkenaan dan setahu saya Kementerian Kewangan tidak membuat peruntukan untuk memasukkan duit kepada MAS,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke ibu pejabat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), hari ini.

Media semalam melaporkan bahawa Khazanah sedang mengkaji untuk menyuntik dana sehingga RM5 bilion kepada Malaysia Airlines Bhd.

Ia bertujuan membantu syarikat penerbangan nasional itu menghadapai kesan penularan Covid-19 yang menyaksikan penurunan ketara penumpangperjalanan.

Laporan itu berkata, perbincangan sedang berlangsung dengan Khazanah, yang mana sentiasa menyokong usaha dalam menangani kesan pandemik wabak itu.

Bagaimanapun, jumlah suntikan itu tidak dinyatakan.

Ditanya sama ada kerajaan akan membantu syarikat penerbangan yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19, Tengku Zafrul menjawab: “Tidak ada”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast