Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Thiban Subbramaniam.

KUALA LUMPUR – Tindakan Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Dr Daroyah Alwi keluar daripada parti dianggap perbuatan mengkhianati mandat rakyat.

Ini kerana beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor sebenarnya bertanding atas tiket PKR pada PRU-14 lalu.

Bagaimanapun, kini dengan statusnya dalam DUN Selangor kini adalah sebagai wakil rakyat bebas yang mesra Perikatan Nasional (PN), ia sesuatu yang tidak boleh diterima.

Itu pendapat Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Thiban Subbramaniam.

Menurutnya, Daroyah bertanding atas tiket PKR tetapi kemudiannya membelakangi parti, presiden dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat sesuatu yang langsung tidak boleh diterima.

“Bukan sahaja AMK sebaliknya hari ini ahli-ahli Cabang Keadilan PKR Kapar juga mengecam perbuatan beliau bersama-sama yang lain-lain.

“Kita bukan sahaja kutuk, kecam malah rasa jijik. Inilah bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya kepimpinan tertinggi juga sedia maklum dengan perbuatan membelakangi parti dan bersekongkol dengan ‘pengkhianat’ lain,” ujarnya.

Malah dakwanya tindakan Daroyah yang bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyatakan sokongan sehingga kesalahannya menyertai Langkah Sheraton dimaafkan telah dilupakan.

“Lupakah Daroyah yang dia telah bertanding dua penggal menggunakan lambang PKR? Anda telah berjanji segala macam kepada pengundi dengan menggunakan nama Presiden PKR. Pengundi buat pilih pangkah kepada lambang PKR, lupakah?

“Sebenarnya Daroyah tidak lebih daripada taksub dengan pengkianat seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin daripada awal lagi. Sudah lama juga beliau melakukan perbuatan membelakangkan parti.

“Jadinya secara adil, jika anda telus dan benar, tolong jangn hanya keluar parti sebaliknya letak jawatan Timbalan Speaker DUN dan juga jawatan ADUN. Jangan sekadar acah-acah. Rakyat juga memerhati perbuatan khianat kamu,” katanya.

Terdahulu, Daroyah dalam satu media di Shah Alam hari ini mendakwa sudah hilang kepercayaan kepada Anwar mendorongnya keluar PKR.

Menurut Thiban, ramai dalam kalangan parti dari kepimpinan tertinggi sehinggalah akar sebenarnya tidak sesekali tergugat mahupun hilang keyakinan dengan tindakan Daroyah.

“Kami di Kapar sendiri sudah lama menolak Daroyah selaku Ketua Cabang Keadilan Kapar. Tindakan beliau juga tidaklah mengugat kepercayaan, kesetiaan kami dan penghargaan terhadap Anwar.

“Segelintir keluar hari ini sebenarnya mempunyai agenda peribadi sebenarnya jadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Kami akar umbi akan terus setia. Itu janji ikrar kami,” ujarnya.

Tambah Thiban, hakikatnya pengundi di DUN Sementa tidak akan sesekali melupakan episod hitam yang berlaku dan pasti akan menghukumnya pada pilihan raya akan datang. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Daroyah umum keluar PKR

5 Komen

  1. kah kah kah…khianat mandat rakyat kunun! woi ko tak nak kutuk ADUN sabah yg lompat parti masuk Warisan sampai kerajaan BN yg menang pilihanraya jatuh??pooooodah!

  2. Relex bro sabar bro pergi melutut dgn Hatok Dex tuntut ilmu untuk jawapannya. Intronya diparlimen ahlinya boleh “duduk dan mesra” dimana mana barisan, tu yang dia bertambah nyanyuk perangainya.. bukanlah dia tu bodoh atau gila tapi kau jawablah sendiri sebab “barisan yang disekedudukannya” amat menerima dan menyokong. So kau tak boleh fikir ke, jangan jadi sangap sangat.

  3. Deyyy, tambi, ini negara sistem demokrasi. Ikut suka dialah nak buat dan bertindak ikut kemahuan dan keputusan dia sendiri. Jika ini sesuatu yang tidak mengejutkan, maka terimalah hakikat PKR di Selangir akan merudum tak lama lagi. Apa telor dah ketor kerr, tambi?

  4. hormati mandat rakyat bila manifesto di tunaikan..tapi kalau manifesto tidak di tepati tapi mengharapkan orang lain utk menghormati mandat rakyat.. boleh jalan lah..sendiri pun tak betui nak suruh ornag lain betui..piii..rahhh

Comments are closed.