KUALA LUMPUR – Pelakon komedi, Patrick Teoh yang sebelum ini dituduh telah menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dijangka didakwa esok.

Patrick yang juga merupakan seorang penyampai radio turut membuat pengesahan dengan media akan didakwa namun enggan mengulas lanjut selepas mendapat nasihat peguamnya.

Beliau akan didakwa di Mahkamah Johor.

Patrick dikatakan telah berkongsi semula video lama Tunku Ismail dan yang berpakaian tentera dan mengendalikan senjata api.

Teoh juga didakwa memuat naik kata-kata kasar ketika berkongsi video itu di akaun Facebooknya sebelum laporan polis dibuat pada awal Mei lepas.

Hantaran itu kemudian telah dipadamkan olehnya selang beberapa lama.

Susulan daripada itu, Patrick telah ditahan reman pada 9 Mei lepas selama dua hari namun tidak memberikan kerjasama sehingga menyebabkan Ketua Pesuruhjaya Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memohon lanjutan reman.

Dia kemudian dibebaskan pada 14 Mei lepas.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Patrick boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.