KUALA LUMPUR – MCA menyifatkan penulis upahan dari blok pembangkang yang menyamar sebagai ‘orang Cina’ dan ‘orang Melayu’ di media sosial untuk mencetuskan hasutan serta perkauman sebagai taktik lapuk.
Naib Ketua Pemudanya, Chua Hock Kuan memberi contoh, posting Facebook menggunakan akaun ‘Adrian Lim Chee En’ telah memuatnaik status meragukan, apabila menggelarkan pemimpin MCA sebagai ‘Cina kafir’.
“Status Adrian Lim menyataka, salah satu pencapaian MCA dalam 100 hari ialah berjaya menguasai pelabuhan dan pemimpin Cina kafir ini dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan yang baharu.
“Saya nak tanya, Adrian Lim betul-betul fahamkah apa itu maksud Cina kafir? Dia ini Muslimkah? Atau sengaja guna perkataan ini untuk tujuan hasutan politik?,” katanya menjawab status Facebook Adrian Lim, 10 Pencapaian MCA Dalam 100 Hari (Orang Melayu jangan terkejut ye!).
Hock Kuan menyatakan, MCA sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) dan bersama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) memang mengutamakan perpaduan dan keharmonian kaum.
Katanya, jika Adrian Lim diupah untuk tujuan hasutan atau politik perkauman, maka matanya memang hanya tertumpu kepada pemimpin Cina mesti jaga pelabuhan sahaja sedangkan dalam kerajaan terdapat banyak agensi dan GLC.
“Dalam GLC pula banyak lantikan dari pelbagai kaum seperti Petronas, MARA, Malaysia Airport dan banyak lagi yang mencerminkan perpaduan negara kita adalah satu perkongsian semua.
“Oleh itu, saya sifatkan posting Adrian Lim ini lebih berbaur hasutan bagi orang Melayu membenci orang Cina dan juga MCA.
“Bahkan, saya sebagai Naib Ketua Pemuda MCA Malaysia pun terkejut dengan posting itu, rupa-rupanya MCA telah banyak pencapaian dalam 100 hari ini,” katanya.
Menurut Hock Kuan, pemilik akaun Facebook itu juga memberitahu kepada orang Melayu MCA telah membuat terlalu banyak jasa untuk masyarakat Cina tetapi pada masa sama, DAP pula memberitahu orang Cina, apa yang MCA buat itu belum mencukupi.
Malah, ujarnya pemimpin DAP iaitu Teo Nie Ching dan Nga Kor Ming ada bertanya MCA mengenai penambahan peruntukan sekolah Cina dalam posting mereka yang ditulis dalam bahasa Cina.
“Saya keliru sama ada MCA ini buat cukup atau tidak? Sebelah kiri orang PH kata, MCA telah buat banyak pencapaian kepada orang Cina, tetapi sebelah kanan PH pula kata, MCA buat tidak cukup.
“Namun, saya hendak beri satu tip kepada Adrian Lim, siapa Pengerusi Lembaga Pelabuhan semasa era pemerintahan PH, kalau tidak Yang Berhormat Cina dari DAP? Lain kali kalau nak mengata, jangan bab kata perumpamaan Melayu, mendulang paku serpih, mengata orang, dia yang lebih,” katanya. – MalaysiaGazette
Di Mk (BI) sekarang terdapat ramai HAIWAN yang multi-colour ! Ikan la, naga la, kakatua la, naga la yang nyata anak-anak rba. Yang belum jumpa lagi ialah beruk, monyet, siahmang dan hanjing berwarna warnii.
Kalau nak baca kebodohan pembangkang pergilah lah comment section MKini1 dan ketawalah sepuas hati8
Penulis Penulis upahan DAP PKR TDM dan Amanah sedang bertungkus lumus menabur fitnah sana sini. Bodoh nya diaorg tu selama 22 tahun TDM yang merosakkan Negara bersama2 Anwar Daim Rafidah SHAlbar termasuk kroni2 mereka Sebagai mana yang dilaung2kan oleh LKS LGE DAP Mat SABU Amanah Anwar PKR, maka skrg Di pusing cerita balik. Itu lah Kebodohan budak2 Cyber PH plus termasuk journalist luar negara yang berbayar.