SHAH ALAM – Majlis Pimpinan Keadilan Selangor (MPKS) mengecam tindakan Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat, Dr. Daroyah mengumumkan keluar parti, semalam.
Tegas Pengerusinya, Datuk Seri Amirudin Shari, tindakan ADUN Sementa itu merupakan pengkhianatan kepada rakyat yang telah memberi mandat jelas kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir Selangor melalui Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) lalu.
Kata beliau, keutamaan kerajaan Selangor pada masa ini adalah untuk menggembleng inisiatif membantu rakyat negeri itu yang terkesan berikutan penularan pandemik Covid-19.
“Susulan peletakan jawatan itu, saya menggesa Dr. Daroyah untuk segera meletak jawatan Ahli Dewan Negeri Sementa sekiranya masih bermaruah.
“Manakala peletakan jawatan beliau selaku Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor akan diuruskan oleh Pejabat Dewan Negeri Selangor melalui Speaker.
“Saya yakin ADUN Keadilan dan semua lapisan jentera parti terutama Ketua-ketua Cabang merasa mual dengan politik separa matang yang tidak berkesudahan ini,” katanya dalam kenyataan kepada media, malam tadi.
Di sebuah hotel di Shah Alam, semalam, Dr. Daroyah bersama sebahagian barisan kepimpinan Wanita Keadilan Pusat dan Wanita Cabang Kapar mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.
Beliau yang merupakan Ketua Wanita Keadilan Cabang Kapar memberitahu, keputusannya itu dibuat selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Speaker Selangor itu turut menyatakan rasa terkilan dan kecewanya kepada parti kerana ramai pemimpin yang berjasa telah menjadi korban akibat kepentingan pihak tertentu dalam parti.
Sementara itu, Wanita Keadilan Selangor menyatakan komited sayap parti itu untuk meneruskan agenda reformasi dan pertahankan kerajaan negeri.
Menurut kenyataan bersama Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Selangor dan ADUN Wanita PKR negeri, mereka bersama 18 Ketua Wanita Cabang di negeri itu berikrar untuk terus kekal setia bersama parti.
Anggota Exco negeri, Rodziah Ismail; ADUN Bukit Melawati, Juwariya Zulkifli; ADUN Permatang, Rozana Zainal Abidin; dan Timbalan Ketua Wanita Selangor, Sangetha Jayakumar menyatakan, sayap parti itu sudah menjangka lebih awal keputusan yang bakal diambil oleh Dr. Daroyah.
“Kami telah bersiap sedia untuk meneruskan agenda reformasi seterusnya mempertahankan kerajaan negeri Selangor.
“Wanita Keadilan akan terus memperkuatkan serta memperkukuhkan saf kepimpinan wanita dan usaha bersama mendepani isu rakyat menjadi agenda kami,” kata mereka dalam kenyataan kepada media.
Katanya, pemimpin datang dan pergi, namun matlamat tidak akan pernah goyang, malah pimpinan sedia ada mempunyai kualiti dan teguh untuk terus memacu sayap parti ke hadapan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat pusat dan Datuk Seri Amiruddin Shari di negeri.
Turut berikrar untuk terus kekal setia bersama PKR ialah 18 Ketua-ketua Wanita Cabang Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selayang, Pandan, Hulu Langat, Bangi, Puchong dan Petaling Jaya.
Turut berikrar ialah Ketua-ketua Wanita Cabang Damansara, Sungai Buloh, Shah Alam, Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sepang. – MalaysiaGazette
nasib mu di.selangor belum tentu wak mir..nuwa bukan tak tahu mu tu org jemin ali..
sedarlah wahai org2 Melayu,
sokong dan undilah parti yg ada matlamat perjuangan dari segi menjaga agama,bangsa dan negara,
bukan parti untuk anak beranak,
bukan parti yg berjuang utk membalas dendam,
bukan parti yg bersifat individu,
bukan parti yg bersifat liberal,komunis dan syiah
bukan parti yg hanya utk menjadikan pemimpinnya sbg pm,
bukan parti peliwat
Sebenarnya telor sudah ketor dalam suar tu…