HANOI – Sebuah pesawat penumpang, Vietjet tersasar landasan ketika ia mendarat di Lapangan Terbang Tan Son Nhat di Ho Chi Minh City hari ini, namun tiada penumpang cedera, kata syarikat itu.

Vietjet berkata, pesawat yang tiba dari pulau peranginan, Phu Quoc tersasar landasan berikutan hujan lebat dan angin kencang, lapor Reuters.

“Pesawat, penumpang dan anak kapal semuanya selamat,” kata Vietjet dalam satu kenyataan tanpa menyatakan bilangan penumpang pesawat tersebut.

Laporan media tempatan berkata, lapangan itu ditutup dalam insiden yang membabitkan pesawat Airbus, A320neo. – Agensi