Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak merosot dalam dagangan hari ini, melanjutkan kerugian minggu lalu, ketika jangkitan koronavirus baharu melanda China, Jepun dan Amerika Syarikat mencetuskan kebimbangan terhadap pemulihan permintaan bahan bakar itu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh AS$ 1.32, atau 3.4%, kepada AS$ 37.41 setong pada 0716 GMT, sementara niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate Amerika Syarikat susut AS $ 1.75, atau 4.8%, kepada AS$ 34.51 setong.

Pasaran kewangan yang lebih luas juga susut hari ini susulan laporan jangkitan koronavirus baharu di Beijing meningkatkan sentimen risiko para pelabur.

Wabak koronavirus bermula pada akhir tahun lalu di bandar Wuhan di China.

Penanda aras minyak jatuh sekitar 8% minggu lalu, penurunan mingguan pertama mereka sejak April, ketika kes koronavirus di AS mulai meningkat.

Pada hujung minggu, lebih daripada 25,000 kes jangkitan dilaporkan di AS baru dilaporkan pada hari Sabtu sahaja dengan lebih banyak negeri juga melaporkan jangkitan baharu dan kemasukan pesakit ke hospital. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast