Moon Jae-in. foto Agensi

SEOUL – Presiden Moon Jae-in meminta Korea Utara tidak meningkatkan ketegangan dan kembali berdialog.

Kenyataan itu dibuat selepas Pyongyang mengancam untuk memutuskan hubungan dan mengambil tindakan ketenteraan.

Ketegangan antara kedua-dua jiran itu dikhuatiri mencetuskan provokasi tentera oleh Korea Utara dan menimbulkan usaha perbincangan yang terhenti dalam menghapuskan program nuklear dan peluru berpandu di Semenanjung Korea.

Selain ancaman untuk memutuskan hubungan, media Korea Utara juga telah menyiarkan kemungkinan untuk menutup pejabat penghubung bersama di Korea Utara dan tindakan balas terhadap kempen oleh pembelot yang menerbangkan risalah anti-Pyongyang.

“Janji-janji perdamaian di Semenanjung Korea yang dibuat oleh Kim Jong Un di hadapan 80 juta rakyat kita tidak boleh ditarik balik,” kata Moon yang merujuk kepada perjanjian yang dicapai pada sidang kemuncak kedua-dua pemimpin itu pada tahun 2018.

Tambahnya, Korea Utara juga tidak boleh memutuskan komunikasi, meningkatkan ketegangan dan kembali ke era konfrontasi yang lalu.

“Saya harap ia dapat menyelesaikan masalah yang tidak selesa dan sukar melalui komunikasi dan kerjasama,” kata Moon sempena memperingati ulang tahun ke-20 sidang kemuncak pertama antara kedua-dua negara hari ini.

Pada sidang kemuncak pertama mereka pada tahun 2018, Moon dan Kim menandatangani deklarasi untuk bekerjasama menghapuskan sepenuhnya senjata nuklear di Semenanjung Korea dan menghentikan “semua tindakan bermusuhan”.

Tetapi Korea Utara memutuskan hubungan dengan jirannya minggu lalu dan berikrar untuk menghentikan semua hubungan sekiranya Seoul tidak menghentikan tindakan pembelot yang menghantar risalah dan bahan lain ke negara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast