KUALA LUMPUR – Proton Holdings Berhad akan mengurangkan harga kereta sebanyak 1.2 hingga 5.7% mulai hari ini.

Penurunan harga ini untuk tempoh enam bulan seperti mana pengumuman kerajaan baru-baru ini bagi merangsang semula ekonomi negara pasca Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, rangkaian model yang diperbaharui, peningkatan berkala yang telah diperkenalkan oleh Proton serta harga baru menawarkan nilai lebih baik kepada pelanggan.

”Kami menyambut baik inisiatif kerajaan untuk memacu semula ekonomi melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dan pengiktirafan yang diberikan kepada industri automotif sebagai salah satu ekosistem ekonomi kritikal,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dengan 700,000 orang pekerja yang bekerja secara langsung dan tidak langsung dalam industri, beliau berkata, industri ini ini menyumbang sekitar 4.3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, oleh itu, sektor ini akan memainkan peranan utama dalam usaha pemulihan ekonomi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast