Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Sidang media perkembangan kes jangkitan harian Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diadakan tiga hari seminggu.

Sidang media akan datang diadakan 3 kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja bermula hari ini,” kata kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat KKM.

Tambahnya, sidang media itu masih diketuai oleh Ketua Pengarah, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Sidang media mengenai perkembangan Covid-19 diadakan setiap hari sejak 18 Mac lalu. -MalaysiaGazette