BANGKOK – Thailand menarik balik perintah berkurung selepas lebih dua bulan melaksanakannya dan membenarkan restoran menjual semula alkohol selepas kes koronavirus berkurangan dalam tempoh 21 hari.

Dengan jumlah penduduk sekitar 70 juta orang, Thailand adalah negara pertama di luar China yang melaporkan kes koronavirus, pada 13 Januari lalu namun berjaya membendungnya dengan hanya 3.135 kes yang disahkan dan 58 kematian.

Sebanyak 2,987 pesakit telah pulih.

Thailand telah melaksanakan pelitup mulut di khalayak sejak Januari lalu dan menutup sempadannya.

Malah, negara ini juga menutup operasi perniagaan dan melaksanakan perintah berkurung dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang menjangkiti 7.9 juta orang di seluruh dunia dengan mengorbankan lebih daripada 430,000 orang.

Sekolah yang kurang daripada 120 pelajar, dewan pameran, konsert muzik, produksi filem, taman permainan, taman hiburan dan pertandingan sukan tanpa penonton dibenarkan beroperasi semula.

Namun, pub, bar dan kedai karaoke masih ditutup.

Hari ini adalah kali kedua dalam tempoh lima hari Thailand tidak melaporkan kes baharu.

Semua kes baharu dalam tiga minggu terakhir ini adalah dalam kalangan warga Thailand yang kembali dari luar negara, kata Encik Taweesin Wisanuyothin, jurucakap pasukan petugas Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast