Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kes koronavirus dunia mencecah lebih 8 juta pada hari Isnin dengan lonjakan kes di Latin Amerika, dan Amerika Syarikat (AS) manakala China pula menyaksikan kes baharu.

Amerika Syarikat masih merekodkan kes tertinggi jangkitan iaitu 2 juta atau 25% daripada semua kes yang dilaporkan.

Namun, penularan Covid-19 di Amerika Amerika begitu pantas dengan mewakili 21% bagi semua kes.

Kes dan kematian akibat Covid-19 di Brazil juga meningkat dan menjadi lokasi kedua terbanyak di dunia.

Kes pertama Covid-19 dilaporkan di China pada awal bulan Januari dan ia mengambil masa seawal Mei untuk mencecah 4 juta kes.

Ia mengambil lima minggu untuk mencecah 8 juta kes.

Kes kematian global kini melepasi 434,000 kes dan berganda dalam tujuh minggu.

Walaupun jumlah kematian rasmi Brazil akibat wabak itu meningkat kepada hampir 44.000 orang, kesan sebenarnya mungkin jauh lebih besar daripada data yang ditunjukkan, kata pakar kesihatan, dengan alasan kurangnya ujian saringan di Amerika Latin.

Di Amerika Syarikat, yang merekodkan lebih daripada 116.000 kematian, ujian saringan terus meningkat beberapa bulan setelah bermulanya wabak. – MalaysiaGazette