KUALA LUMPUR – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat kali pertama menyertai penarafan QS Stars Rating yang dianjurkan oleh QS Quacquarelli Symonds (QS).

QS merupakan satu penarafan kualiti akademik universiti yang bertaraf antarabangsa.

USIM telah dianugerahkan 3 bintang secara keseluruhan untuk tahun 2020, kata Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM.

Menurutnya, universiti tersebut telah menunjukkkan kecemerlangan dalam 4 kategori utama iaitu kemudahan dengan penganugerahan 5 bintang. Ini membuktikan kampus USIM mempunyai infrastruktur dan kemudahan
yang kondusif.

Penganugerahan cemerlang 4 bintang bagi 3 kategori iaitu pengajaran (teaching), kebolehpasaran graduan dan keterangkuman

”Ini juga membuktikan USIM adalah sebuah universiti yang mementingkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan pelajar yang berpotensi dan relevan dengan pasaran kerja.

”Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama yang baik di kalangan semua jabatan dan fakulti di USIM dalam memastikan kualiti berterusan dengan penarafan QS Stars Rating”,” ujarnya.

Menurut Rahim lagi, USIM juga telah berjaya mencapai kedudukan 501-550 bagi QS Asia University Rankings 2020 yang secara langsung menempatkan USIM sebaris dengan institusi pendidikan terkemuka di Asia.

Penganugerahan di dalam sistem penarafan bertaraf dunia memberi peluang keapda USIM untuk membina reputasi sebagai universiti yang unggul serta mempromosi USIM pada peringkat nasional dan global. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast