Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Penarikan semula pelantikan Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) bukti kerajaan prihatin terhadap kebimbangan pelbagai pihak.

Justeru Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) khususnya kepada Datuk Saifuddin Abdullah kerana bertindak pantas.

“Terima kasih Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) kerana prihatin dengan kebimbangan kami.

“Alhamdulillah, kebimbangan kami dirasai dan diberikan perhatian yang sangat pantas. Rakyat sayang kerajaan ini,” tulisnya menerusi Facebook.

Semalam, KKMM mengesahkan bahawa peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli MPKM,

Kementerian itu turut berkata,  ketiadaan Eric tidak akan menjejaskan fungsi MPKM.

Terdahulu pelantikan Eric sebagai ahli MPKM yang ditubuhkan pada 9 Jun lalu menjadi pertikaian pelbagai pihak termasuk UMNO dan Pas apabila peguam dan aktivis itu dilihat sering mengeluarkan kenyataan ekstrim dan menghina Islam.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Lantikan ni dibuat semasa lantikan ketajaan Si Kitol. Sebab itu Si Kitol pun kita kena nyah hapuskan. Bila petisyen tolak Si Kitol akan dilakukan.

Comments are closed.