KUALA LUMPUR – OMC Group kini sudah bersedia menawarkan lebih banyak penyelesaian blockchain kepada perniagaan, kerajaan dan masyarakat untuk membantu mereka beroperasi di dunia yang semakin digital.
OMC adalah anak syarikat AIO Synergy Holdings Berhad.
Syarikat ini menawarkan penyelesaian melalui teknologi lejar pengagihan berpusat yang dipatenkan (DLT) yang dikenali sebagai Authorised Proof of Capacity (APoC), yang merupakan mekanisme konsensus yang digunakan untuk menjalankan OMChain.
Mekanisme konsensus APoC digunakan untuk tujuan kepercayaan dan pengesahan pada OMChain.
Pengasas OMC Group, Datuk Jack Lee berkata, masyarakat sedang menyaksikan bagaimana teknologi telah berkembang dan bagaimana perniagaan dijalankan berbeza dengan cara sedia ada.
Langkah untuk berniaga secara digital membuka jalan bagi perniagaan kami berada di dalam kerana blockchain sangat mendorong ketelusan dan kebolehubahan.
”Kami menawarkan penyelesaian blockchain untuk memberi perkhidmatan kepada pedagang, termasuk DLT
yang selamat, boleh dipercayai dan telus bersama dengan komuniti dan ekosistem yang di sokong oleh hibrid Point of Sales (POS) yang merangkumi ciri perlombongan yang bermanfaat kepada pengguna dengan mata yang boleh digunakan untuk transaksi,” katanya.
OMC Group telah mengintegrasikan teknologi blockchain ke dalam sejumlah produk dan perkhidmatan melancarkan versi kedua peranti POS hibrid bersama hot wallet di Malaysia pada suku kedua tahun 2020 setelah melancarkan penjualan peranti POS dan hot wallet di China pada suku ketiga tahun lalu.
Peranti dan hot wallet kini tersedia di 11 negara di Asia Timur dan Asia Tenggara dan secara keseluruhan, lebih daripada 29,000 peranti POS telah terjual bersama dengan hot wallet sejak ia disediakan, katanya.
Menurut Lee, syarikat itu dalam perancangan untuk melancarkan Asia Blockchain Center pada suku ketiga tahun ini, yang akan menjadi hab menyokong permulaan blockchain melalui pendidikan, memberikan penyelesaian untuk perniagaan, kerajaan dan masyarakat serta menawarkan penyelesaian mengenai aplikasi teknologi blockchain.
OMC akan melancarkan kad debit pada suku keempat 2020, selain akan menjalankan siri kempen untuk memberi kesedaran teknologi blockchain dan kegunaannya. – MalaysiaGazette