TEGUCIGALPA – Presiden Honduras dimasukkan ke hospital selepas didapati positif Covid-19.
Juan Orlando, dirawat selepas ujian makmal dan x-ray mendapati beliau mengalami pneumnia, kata pegawai kesihatan. Francis Contreras.
”Tahap kesihatannya masih baik,” kata Contreras yang memaklumkan pasukan perubatan mencadangkan beliau menerima rawatan di dalam hospital berbanding di rumah.
Hernandez dipindahkan ke hospital selepas beberapa jam mengadakan sidang media lewat hari Selasa.
Beliau mula tidak sihat sejak hujung minggu lalu dan disahkan dijangkiti Covid-19 pada hari Selasa.
Selain, Hernandez, isteri dan dua pembantunya turut dijangkiti wabak itu.
Ana Garcia disahkan positif tetapi tidak menunjukkan gejala.
Beliau menasihatkan rakyat Honduras supaya mematuhi penjarakan sosial, walaupun beliau tidak mematuhinya.
”Disebabkan tugas, saya tidak boleh berada di rumah 100%,” ujar beliau.
Honduras mengesahkan lebih 9,000 kes koronavirus dengan 322 kes kematian, menurut Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika.
Negara ini berdepan dengan wabak denggi tahun lalu dengan lebih 100,000 kes dan 180 kematian. – MalaysiaGazette