Foto Instagram, Dr Sheikh Muszaphar.

KUALA LUMPUR – Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Dr. Halina bakal menimang cahaya mata ketiga mereka iaitu anak kembar buat kali kedua.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar di Instagram miliknya semalam.

Menerusi perkongsian itu, beliau berkongsi rasa tergamam apabila mendapat tahu isterinya berbadan dua dan usia kandungan kini mencecah 13 minggu.

Malah, lebih menggembirakan mereka bakal dapat anak kembar lagi.

Bagaimanapun, Muszaphar memberitahu proses kehamilan kali ini lebih mencabar berbanding sebelum ini lebih-lebih lagi isterinya sedang menjalankan tugas sebagai barisan hadapan merawat pesakit Covid-19.

Beliau turut memberikan ucapan romantis buat isterinya agar terus kuat dan bertahan sepanjang proses kehamilan kali ini dan berjanji akan menguruskan anak-anak yang lain.

Muszaphar dan Halina mendirikan rumah tangga pada 2010.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.