Abdul Jalil Abdul Rasheed

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menubuhkan pasukan siasatan untuk menyiasat pelantikan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Jalil Rasheed.

Ini kerana, PNB memandang serius berhubung isu pelantikan Jalil.

Institusi pelaburan turut memaklumkan telah memberi respons awal kepada Suruhanjaya Sekuriti pada hari ini dan maklum balas terperinci akan dikemukakan kepada pengawal selia itu setelah siasatan selesai dalam masa terdekat.

”PNB akan terus memberi kerjasama penuh kepada SC dan mana-mana badan kawal selia yang berkenaan berhubung perkara ini, seperti yang telah PNB lakukan dalam semua urusan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Artikel berkaitan: CEO PNB Jalil Rasheed letak jawatan

PNB putuskan kedudukan Jalil Rasheed dalam masa terdekat

PNB terima peletakan jawatan Jalil, pengganti akan diumumkan

Semalam SC memaklumkan pihaknya masih belum menerima penjelasan daripada PNB berhubung percanggahan kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Abdul Jalil Rasheed.

SC berkata, sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL), PNB dikehendaki memastikan semua maklumat pelantikan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan yang dikemukakan kepada SC adalah benar dan tepat, setelah ia menjalankan pertanyaan ketekunan sewajarnya.

Ini termasuk pengalaman kerja dan kelayakan akademik yang disertakan dalam borang permohonan dan dokumen sokongan.

Pelantikan Jalil menjadi kontroversi susulan isu kelayakan akademiknya.

Jalil dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB pada 1 Oktober tahun lalu, menggantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad yang meninggalkan institusi pelaburan itu secara tiba-tiba.

PNB dalam kenyataan pengesahan pelantikan Jalil memaklumkan Jalil merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam perakaunan dan kewangan dari London School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom.

Maklumat yang sama turut dinyatakan dalam profail Jalil sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Prolintas dan Sapura Energy Berhad.

Tetapi, Jalil dikatakan telah disahkan mengikuti pengajian sebagai penuntut luar dan lulus pengajian di University of London (UoL) dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kelas ketiga kepujian dalam Perakaunan dan Kewangan pada 1 Ogos 2003.

Dalam sijil tersebut tertera UoL adalah sekutu dengan London School of Economics and Political Science (LSE). – MalaysiaGazette

PNB masih belum jawab isu kelayakan akademik Jalil

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Please elect qualified people to hold position in this country. Don’t be like PH. They had many ministers with fake degrees and diplomas. Please investigate on Dr. Mujahid who sold the assets in Tabung Haji. The rakyat want to know who bought those properties. Truly, the liberals and secular Muslim leaders in PH have betrayed the UMMAH.

Comments are closed.