Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.

KUALA LUMPUR – Nampaknya impian Barisan Nasional (BN) mahu menang tanpa bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini mungkin tidak kesampaian.

Ini kerana Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pekan, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin semalam berhasrat mahu menjadi calon pada PRK 4 Julai ini.

Bertanding atas calon Bebas, ahli perniagaan berusia 64 tahun itu bersedia menerima apa sahaja tindakan disiplin daripada partinya.

Ini kerana Bersatu sebelum itu sudah menyatakan sokongan terhadap calon BN yang mewakili Perikatan Nasional.

“Sebagai calon Bebas, saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang kepada penduduk tetapi saya mempunyai sokongan tersendiri dan sebagai anak jati Pekan.

“Saya sudah mendengar masalah penduduk setempat sejak sekian lama,” katanya pada sidang media di Felda Chini 2 seperti dilaporkan media semalam.

Tengku Zainul Hisham yang juga pesara polis meminta pengundi memberi peluang kepadanya berkhidmat.

Semalam, BN mempertaruhkan Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Selatan, Sharim Mat Zin dinamakan sebagai calon PRK DUN Chini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sharim calon BN bagi PRK DUN Chini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Madey madey.. Tak ada kerja menyusahkan rakyat saja. Kalau tak ada arahan atok mana berani… Atuk nak sabotage TSMY lah tu

  2. Steady sharim kekalkan integriti diri.. Kasi lawan geng harbi, kaki kencing, kaki lelong harta orang Islam .. Muafakat Nasional

  3. Datuk Que tak nak masuk bertanding jadi calon ke? Boleh kawan tiga penjuru. PSM kalau masuk boleh menang hilang deposit tu. Jangan jadi calon bebas. Masuk atas nama PSM.

Comments are closed.