Marcus Rashford (kiri), Paul Pogba dan Ole Gunnar Solksjaer (bulatan kecil).

LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan dua tonggak utama, Marcus Rashford dan Paul Pogba akan beraksi dalam perlawanan menentang Tottenham awal pagi esok.

Namun, dia memberitahu dua pemain tidak akan bermula dalam kesebelasan utama kerana enggan mengambil berisiko untuk menurunkan Rashford dan Pogba di awal permainan.

Dia menegaskan keadaan kedua pemain tersebut bertambah baik dan pulih sepenuhnya daripada kecederaan panjang.

“Selain Phil Jones dan Axel Tuanzebe, semua pemain kami boleh bermain esok.

“Marcus dan Paul sudah lama tersisih dan tidak bermain tetapi sudah tentu mereka boleh bermain esok.Sekiranya esok mereka terpilih untuk bermain, kita akan melihat berapa lama mereka boleh beraksi,” kata Solskjaer seperti dilaporkan oleh Manchester Evening News.

Solskjaer juga memaklumkan pasukannya akan berlutut sebelum perlawanan dimulakan sebagai bentuk penyertaan mereka dalam memerangi anti perkauman.

“Kita semua tahu bahawa perkauman tidak seharusnya berlaku pada tahun 2020.

“Pemain Liga Perdana Inggeris berpendirian tetap dan mengatakan perkauman itu cukup sampai di sini sahaja dan kami akan mengambil bahagian dalam aksi nanti,” katanya. – MalaysiaGazette