Manchester United.

LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer melemparkan pujian kepada penganjur Liga Perdana Inggeris (EPL) mengenai perubahan peraturan yang mana  setiap kelab boleh membuat lima pertukaran pemain dalam satu perlawanan.

Solskjaer memuji menghargai polisi itu kerana menganggap situasi itu penting untuk pemain berehat dalam tempoh yang lama.

Pengendali Norway itu mendedahkan dia akan menggunakan kemudahan itu sesuai dengan perancangannya untuk setiap perlawanan.

“Saya akan menggunakan lima pertukaran dalam perlawanan tertentu,” kata Solskjaer, yang dilaporkan oleh Manchester Evening News.

EPL yang disambung semula sejak 17 Jun lalu menetapkan jadual ketat untuk menyelesaikan semua baki perlawanan di mana dalam satu minggu setiap kelab berpotensi bermain dua hingga tiga kali.

Untuk mengatasi beban berat yang harus ditanggung oleh pemain, EPL telah menerapkan peraturan baru apabila kelab dibenarkan membuat lima penggantian dalam satu perlawanan di mana sebelum ini hanya tiga penggantian yang dibenarkan.

Solskjaer mengakui tiga perubahan dalam satu perlawanan sebenarnya adalah angka yang ideal.

Tetapi dia mengatakan dengan jadual yang sibuk setelah cuti panjang, lima penggantian ini akan menguntungkan pasukannya.

“Saya rasa tiga perubahan setiap perlawanan adalah jumlah yang tepat.Tetapi membuat lima perubahan dalam satu perlawanan boleh terjadi, kerana kita harus menjaga pemain kita setelah mereka tidak beraksi dengan lama.”

Solskjaer sebelum ini berpendapat langkah EPL untuk membenarkan lima perubahan dalam satu perlawanan adalah langkah tepat.

Ini kerana, liga popular di dunia mempunyai tekanan sangat tinggi sehingga membuatkan pemain mudah mengalami kecederaan.

Dalam tempoh seminggu akan datang, United dijadual bermain tiga perlawanan.

Selepas bertemu Tottenham Hotspur awal pagi, The Red Devil akan menjadi tuan rumah bertemu Sheffield di Old Trafford sebelum bertandang ke Norwich City. – MalaysiaGazette