SHAH ALAM – Universiti Selangor (Unisel) menafikan satu laporan berita bertajuk ‘115 ilmuan PhD sokong kepimpinan Muhyiddin’ yang melibatkan universiti swasta tersebut.

Pengarah Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan menjelaskan, tidak timbul isu ilmuan dari universiti itu terlibat dengan sokongan tersebut.

“Ilmuan dari Unisel tidak pernah terlibat dengan sokongan tersebut.

“Oleh yang demikian, tidak timbul isu bahawa ilmuan dari universiti ini menyokong atau tidak menyokong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasril berkata, jika ilmuan yang dimaksudkan adalah Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh, ia tidak benar sama sekali kerana beliau telah tamat perkhidmatannya di Unisel pada 31 Januari 2020 lalu.

Artikel berkaitan: Gabungan 115 Ilmuwan ajak rakyat sokong kerajaan PN

“Ini bermaksud, segala sokongannya itu tidak ada kaitan langsung dengan pihak Unisel,” katanya.

Media semalam melaporkan seramai 115 ilmuan berkelulusan PhD dari universiti tempatan mengeluarkan kenyataan bersama menyeru sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka terdiri daripada dua profesor emeritus, 22 profesor, 33 profesor madya dan 58 pensyarah kanan daripada 21 universiti awam dan empat universiti dan kolej universiti swasta. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Apa yg unisel takut? Kerajaan PH selangor kan amslkan kebebasan berpolitik dan bebas bersuara? tak da tindakan kalau unisel sokong pun. Lain la kerajaan PN, Tun kan dok canang kata kuku besi dan sekat hak bersuara.. hahaha

Comments are closed.