Nor Ashidah Ibrahim mengisytiharkan bersama sama barisan kempinan wanita Keadilan negeri Johor keluar PKR serta merta hari ini

KUALA LUMPUR – Nor Ashidah Ibrahim mengisytiharkan dirinya keluar PKR dan melepaskan jawatan Exco Wanita Keadilan Pusat serta jawatan Naib Ketua Wanita PKR  Negeri Johor berkuatkuasa serta merta.

Menurutnya, keputusan itu diambil kerana beliau telah hilang kepercayaan kepada tampuk kepimpinan parti keadilan.

Menurutnya bersama beliau, seluruh sayap pimpinan Wanita Keadilan Johor juga mengikut rentak beliau mengisytiharkan keluar parti yang dibarisi ketua wanitanya, Rahamizon serta timbalannya Tan Poh Lai.

“Mengambil contoh tindakan disiplin penggantungan Ketua Wanita PKR Pusat, Haniza Talha yang mana alasan yang diberikan pimpinan teratas PKR adalah tidak berasas dan tidak adil sama sekali.

“Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada Rahamizon dan Poh Lai serta teman teman seperjuangan yang lain yang dikenakan tindakan pemecatan dan penggantungan tanpa sebab serta alasan yang tidak munasabah.

“Dengan ini saya Nor Ashidah Ibrahim anggota keadilan Rakyat dengan no anggota keahlian J1400000245 selaku Exco Wanita Keadilan Pusat dan saya juga mewakili rakan-rakan pimpinan wanita negeri Johor mengisytiharkan saya akan letak jawatan dan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta hari ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, keputusan juga telah diumumkan beliau menerusi satu sidang media khas keluar parti petang tadi di Johor.

Katanya, beliau juga melihat bahawa tampuk kepimpinan dalam PKR sudah mula banyak yang alha tentang idealisme serta hala tuju parti.

Menurutnya, ia lebih kepada membawa perpecahan serta gagal menjalankan amanah kepada anggota yang telah memilih mereka.

Justeru pemimpin wanita itu juga tidak menafikan kewujudan sentimen kem termasuk di peringkat sayap dalam parti itu.

Menurutnya, selepas ini barisan beliau yang beramai ramai keluar PKR akan menumpukan sepenuh perhatian dalam khidmat masyarakat sosial menerusi NOW (Nation of Woman) demi memperkasa wanita di peringkat kebangsaan.

“Ini jelas menunjukkan apa yang dilakukan pimpinan Pusat parti hanya sekadar lebih kepada meruntuhkan permuafakatan yang dibina dan dijalin selama ini.

“Di sini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada anggota yang telah memilih saya dan memberikan mandat kepada saya sebagai Exco Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat semasa pemilihan parti yang lalu.

“Buat masa ini saya dan rakan-rakan saya tidak akan menyertai mana-mana parti da kami akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada NGO NOW (Nation of Woman) dan PKN (Penggerak Komuniti Negara (PKN),” katanya.

Beliau juga menjangkakan akan berlaku keluar parti melibatkan lebih ramai lagi dalam kalangan ahli di negeri itu.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. …tertubuh pkr….
    ….kerana prinsip perjuang yg rapuh….
    …..macam biskut….
    ….sedap di makan….
    ….dah masuk perut….
    …hilang rasa sedap…
    …silap2……sedap pulak utk di buang…..
    …buang secara “suka rela” atau…..terpaksa…….
    …..macam biasa…laluan mudah….terussssssss kelubang tandassssss……

Comments are closed.