Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON  – Presiden Donald Trump pada Sabtu memaklumkan beliau akan mengumumkan sekatan-sekatan baharu ke atas visa Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh beberapa hari lagi.

Ini bagi menghalang kemasukan sesetengah kumpulan pekerja asing dan melindungi rakyat negara itu yang sedang bergelut mencari pekerjaan selepas pasaran buruh terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Kami akan membuat pengumuman penting esok atau lusa berhubung visa,” katanya dalam satu temubual bersama Fox News Channel.

Ketika ditanya apakah terdapat pengecualian daripada sekataran baharu itu, Trump menjawab, terdapat beberapa (peraturan baharu).

“Anda perlukan mereka bagi perniagaan-perniagaan besar yang mana mereka mempunyai pekerja-pekerja tertentu yang telah berkhidmat sejak sekian lama tetapi terdapat sedikit sahaja pengecualian dan ianya sangat ketat.

“Dan kami mungkin terpaksa mengenakan sekatan yang lebih ketat buat sementara waktu,” katanya.

Pengkritik melihat Trump menggunakan isu pandemik untuk mencapai matlamat utamanya selama ini iaitu menghadkan kedatangan pendatang asing ke AS.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast