Gol kemenangan kedua jaringan Giroud pada minit ke-62 berjaya membawa kemenangan 2-1 kepada Chelsea menentang Aston Villa dalam aksi EPL malam tadi.

LONDON – Chelsea merekodkan kemenangan di tempat lawan ketika menentang Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Dalam aksi tersebut, skuad Frank Lampard dikejutkan dengan gol awal tuan rumah dua minit sebelum separuh masa pertama ditangguhkan.

Bagaimanapun ia sekalipun tidak mencemaskan anak buah Lampard yang mula mengatur strategi serangan pada babak kedua.

Lampar membawa masuk Christian Pulisic di separuh masa kedua dengan harapan membawa perubahan pada corak permainan.

Bagaimanapun Pulisic memberi kejutan kepada tuan rumah dan bosnya, Lampard apabila berjaya mengikat kedudukan seri menerusi gol penyamaan pada minit ke-60.

Dia berjaya merembat hasil hantaran Cesar Azpilicueta ke gawang gol lawan.

Dengan berbekalkan semangat gol penyamaan itu Chelsea terus mengatur serangan ke gawang pasukan tuan rumah.

Hasilnya Olivier Giroud berjaya membuka gol penting kedua dan juga kemenangan untuk pasukannya pada minit ke-62.

Aston Villa ternyata kecewa dengan gol tersebut tetapi segala percubaan untuk merobek gawang pasukan pelawat berakhir dengan kekecewaan.

Dengan keputusan itu Chelsea berjaya mengukuhkan kedudukan di tangga keempat carta liga dengan 51 mata.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast