GENEVA – Sebanyak 183,020 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dilaporkan dalam tempoh 24 jam pada hari Ahad.

Angka kes tertinggi dari Amerika Utara dan Amerika Selatan dengan 116,000 kes, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Setakat ini kes Covid-19 di seluruh dunia ialah 8.7 juta dengan 461,000 kematian.

Sebelum ini rekod tertinggi kes jangkitan koronavirus tertinggi adalah sebanyak 181,232 pada 18 Jun lalu. – MalaysiaGazette