Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menempelak Yeo Bee Yin yang meminta kerajaan menurunkan tarif elektrik mengikut mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) untuk tempoh Julai hingga Disember 2020.

Beliau mempersoalkan mengapa bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar itu tidak menurunkan tarif elektrik semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedangkan harga arang telah turun hampir separuh (penurunan sekitar AS$53) sejak akhir tahun 2018 hingga akhir tahun 2019.

Bukan itu sahaja, malah kos gas asli, juga turun lebih 50% pada tempoh yang sama.

”Masa itu Menteri PH tak sedar ke? Kenapa pula masa itu Kerajaan PH tak turunkan harga elektrik?

”Malah PH terus naikkan harga elektrik walaupun kos bahan api turun mendadak,” katanya sambil mengingatkan ketika itu juga Kerajaan PH telah menarik balik rebat dan menaikan surcaj elektrik masa itu.

Sedangkan, jelas bekas Perdana Menteri itu, kos arang batu hanya jatuh 20%, kira-kira AS$15 dan gas asli cecair susut sedikit sahaja sejak suku pertama tahun ini.

”Masa PH, harga arang turun 50% dan harga gas asli juga turun lebih 50%, PH buat-buat tak tahu. Malah naikkan lagi harga elektrik,” katanya.

Semalam, Bee Yin berkata, pengguna komersial dan industri sepatutnya mendapat bantuan bil elektrik memandangkan kerajaan mempunyai simpanan dalam Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

”Sekarang mana dana ini,” soalnya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. PH naikkan harga elektrik semasa bahan pembakarnya turun harga 50% dan menyeksa rakyat Dan setelah tiada kuasa kini terburu-buru jadi hero suruh turunkan harga elektrik? Kimak Babi punya Hatok Der rupanya dialah kepala dari Karrala yang dibawangkan selama ini menipu rakyat dan kayakan anakberanak serta kroni kleptokrasi yang dirahsiakan. Terbaik amat terbaik kerana PH tidak pernah turunkan harga, maka dengan sendirinya bala menurunkan mereka tanpa dirancang.

  2. Najib bila bercakap, ianya berfakta dan bergizi!

    PN perlukan lebih ramai MP2 yang punyai kualiti dan standard sebergini! Setiap nombor2, fakta2 boleh dipetik secara spontan!

    CPU yang bagus, cayalah lu Najib…

  3. Kah Kah…DAP kencing tak boleh sorok daaa..tp yg paling jahat masa tu Atok la…bila rakyat persoalkan kenapa harga gas di Singapura masa tu blh turun tapi tidak di Malaysia? Atok mcm biasa dgn penuh bongkak suruh rakyat pergi beli gas kat Singapore kalau nak murah..tak haram jadah lah jawapan Atok setan ni kan…

  4. PHaruupun kan ada mat rafizon tu… Pakar formula. Oops…dia tak berani hentam PHaruupun… PHaruupun memerintah semuanya betul dan terbaik untuk rakyat

Comments are closed.